Pengaruh elemen kapasiti penyesuaian terhadap penilaian risiko banjir: kajian kes, daerah Beaufort, Sabah

Pertumbuhan populasi penduduk yang mendiami kawasan dataran banjir sama ada dalam konteks global mahupun Malaysia adalah semakin meningkat. Di Malaysia sahaja, dianggarkan seramai lebih kurang 2.5 juta penduduk menetap di zon dataran banjir. Ianya merupakan suatu fenomena yang unik kerana wujudnya k...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Adi Jafar, Nordin Sakke, Mohammad Tahir Mapa
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30384/1/Pengaruh%20elemen%20kapasiti%20penyesuaian%20terhadap%20penilaian%20risiko%20banjir%2C%20kajian%20kes%2C%20daerah%20Beaufort%2C%20Sabah-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30384/2/PENGARUH%20ELEMEN%20KAPASITI%20PENYESUAIAN%20TERHADAP.pdf
Description
Summary:Pertumbuhan populasi penduduk yang mendiami kawasan dataran banjir sama ada dalam konteks global mahupun Malaysia adalah semakin meningkat. Di Malaysia sahaja, dianggarkan seramai lebih kurang 2.5 juta penduduk menetap di zon dataran banjir. Ianya merupakan suatu fenomena yang unik kerana wujudnya kemampuan untuk bertahan dalam kalangan komuniti dataran banjir walaupun pada masa yang sama terpaksa berhadapan dengan kekerapan kejadian banjir yang tinggi. Kemampuan bertahan mempunyai perkaitan secara langsung dengan pengurusan bencana yang dijalankan di satu-satu kawasan. Sementara, penilaian risiko pula merupakan salah satu elemen penting yang harus wujud dalam pengurusan bencana berbasis perpekstif baru (emerging perspective). Bertitik tolak daripada itu, kajian ini ingin menilai tahap risiko banjir di kawasan Daerah Beaufort. Selain itu, penyelidikan ini juga ingin mengenalpasti bentuk kearifan tempatan yang diaplikasikan oleh komuniti dataran banjir Beaufort sebagai langkah untuk meningkatkan kapasiti penyesuaian dalam berhadapan dengan bahaya banjir. Seterusnya menilai sejauh mana elemen kapasiti penyesuaian tersebut mempengaruhi tahap risiko kerugian yang dialami ketika banjir. Oleh hal demikian, kajian ini menggunakan dua instrumen utama sebagai alat bantu bagi mencapai objektif yang telah digariskan iaitu Geography Information System (GIS) dan soal selidik. Teknik analisis Fuzzy, Interpolasi, Euclidean Distance Analysis dan Surface Analysis yang terdapat pada aplikasi GIS dirangkumkan bagi memperolehi dapatan lengkap mengenai tahap risiko di Daerah Beaufort. Data yang diperoleh daripada instrumen soal selidik pula telah dianalisis menggunakan teknik analisis Tabulasi Silang, Purata Skor dan Ujian Khi Kuasa Dua. Hasil analisis Fuzzy mendapati sebanyak 8.33% daripada jumlah keluasan keseluruhan Daerah Beaufort berada pada tahap risiko tinggi dan sangat tinggi termasuklah Kg. Bekalau, Kg. Bingkul, Kg. Malalugus dan Kg. Mempagar. Walau bagaimanapun, respon daripada penduduk di keempat-empat buah kampung tersebut pula adalah sebaliknya. Majoriti penduduk kampung beranggapan bahawa tahap risiko banjir adalah masih dalam keadaan terkawal. Hal ini berikutan tingginya tahap kapasiti penyesuaian dalam kalangan penduduk kampung.