Penggunaan bas tanpa permit (van sapu) sebagai mod pengangkutan alternatif: satu tinjauan awal di Kota Kinabalu, Sabah

Ketidakberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam di Kota Kinabalu telah membawa kepada kewujudan mod pengangkutan awam tidak formal iaitu bas tanpa permit yang mana wujudnya perkhidmatan pengangkutan ini adalah untuk memenuhi permintaan pengguna. Pada era globalisasi ini, sistem pengangkutan awam se...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazihiyah Asli, Harifah Mohd Noor, Roshimah Zakaria
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30386/1/Penggunaan%20bas%20tanpa%20permit%20%28van%20sapu%29%20sebagai%20mod%20pengangkutan%20alternatif%2C%20satu%20tinjauan%20awal%20di%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30386/2/Penggunaan%20Bas%20Tanpa%20Permit%20%28Van%20Sapu%29%20Sebagai%20Mod%20Pengangkutan.pdf
Description
Summary:Ketidakberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam di Kota Kinabalu telah membawa kepada kewujudan mod pengangkutan awam tidak formal iaitu bas tanpa permit yang mana wujudnya perkhidmatan pengangkutan ini adalah untuk memenuhi permintaan pengguna. Pada era globalisasi ini, sistem pengangkutan awam seharusnya lebih efisien dan cekap seiring dengan kemajuan perkhidmatan dan teknologi yang ada bagi memastikan para pengguna pengangkutan awam dapat menikmati keselesaan dan mutu perkhidmatan yang lebih berkualiti serta keselamatan mereka turut terjamin. Penulisan kertas kerja ini adalah melihat bagaimana bas tanpa permit memainkan peranan penting khususnya dalam konteks mobiliti pengangkutan kepada pengguna. Perbincangan kertas kerja ini adalah dengan menggunakan data soal selidik dan temubual yang telah diperoleh serta disokong dengan perbincangan sorotan literatur. Bas yang tidak memiliki permit dapat dikenalpasti melalui beberapa ciri penting iaitu body-marking, pemeriksaan PUSPAKOM, kadar tambang, pemilikan lesen dan dokumen serta insuran yang melindungi penumpang. Hasil dapatan juga menunjukkan faktor penggunaan bas tanpa permit yang paling dominan adalah faktor tambang murah dan kebolehsampaian yang tinggi dengan nilai min purata=3.82. Peranan perkhidmatan mod ini dapat lihat melalui peranannya sebagai mobiliti, sumber pekerjaan, dan pelengkap (complementarity) kepada sistem pengangkutan awam. Oleh itu, peranan perkhidmatan bas tanpa permit ini tidak seharusnya diabaikan kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada sektor ekonomi dalam kalangan masyarakat.