Persepsi pelancong domestik terhadap ciri tarikan dan aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor
Perkembangan pelancongan di Pulau Pangkor semakin pesat dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancong yang memberangsangkan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pembandaran Manjung 2019, jumlah ketibaan pelancong pada tahun 2018 mencecah 1.42 juta orang. Ketibaan pelancong ini didorong...
Main Authors: | , , , , , , , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Sprog: | English English |
Udgivet: |
Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS
2019
|
Fag: | |
Online adgang: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30392/1/Persepsi%20pelancong%20domestik%20terhadap%20ciri%20tarikan%20dan%20aktiviti%20pelancongan%20di%20Pulau%20Pangkor-Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30392/2/Persepsi%20Pelancong%20Domestik%20Terhadap%20Ciri%20Tarikan%20dan%20Aktiviti.pdf |
Summary: | Perkembangan pelancongan di Pulau Pangkor semakin pesat dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancong yang memberangsangkan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pembandaran Manjung 2019, jumlah ketibaan pelancong pada tahun 2018 mencecah 1.42 juta orang. Ketibaan pelancong ini didorong oleh kewujudan pelbagai tarikan aktiviti pelancongan serta ciri fizikal di Pulau Pangkor itu sendiri. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelancong domestik terhadap ciri tarikan dan aktiviti utama pelancongan di Pulau Pangkor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Dapatan daripada 332 orang responden pelancong domestik mendapati 42.8 peratus responden menyatakan tarikan utama pelancong ke Pulau Pangkor adalah laut dan pantai, diikuti pulau 16.8 peratus dan aktiviti rekreasi air 14.8 peratus. Bagi aktiviti utama pelancongan pula, 31.3 peratus responden menyatakan aktiviti utama di Pulau Pangkor adalah bersiar di pantai diikuti 22.3 peratus menyatakan aktiviti berenang. Seterusnya, sebanyak 3.0 peratus menyatakan aktiviti utama mereka ke Pulau Pangkor adalah untuk melawat ke kilang makanan laut. Dapatan kajian ini menunjukkan rata-rata pelancong domestik menyatakan tarikan utama Pulau Pangkor adalah laut dan pantai serta aktiviti berdasarkan kedua-dua tarikan tersebut. Kesimpulannya, dapatan kajian ini adalah bermanfaat kepada pihak berkuasa tempatan dalam memperkasakan pembangunan pelancongan berasaskan laut dan pantai agar menjadi ikonik yang terkenal di seantero dunia. |
---|