Isu dan pendefinisian semula digital poverty dalam pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) secara atas talian
Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kua...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30423/1/Isu%20dan%20pendefinisian%20semula%20digital%20poverty%20dalam%20pengajaran%2C%20pembelajaran%20dan%20penyeliaan%20%28PPdP%29%20secara%20atas%20talian.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30423/2/Isu%20dan%20pendefinisian%20semula%20digital%20poverty%20dalam%20pengajaran%2C%20pembelajaran%20dan%20penyeliaan%20%28PPdP%29%20secara%20atas%20talian1.pdf |
Summary: | Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kuantitatif yang melibatkan 285 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang siswa dan 232 orang siswi di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dijalankan menerusi edaran borang soal selidik secara pautan borang Google berpandukan pengkalan data seramai 3600 orang residen dalam kalangan pelajar pra siswazah di Kolej Kediaman Tun Pengiran untuk memastikan seseorang mahasiswa itu dapat menamatkan pengajiannya secara sempurna. Data kajian ini mendorong penyelidik untuk mengemukakan syor definisi baharu bagi istilah “digital poverty” yang tidak terhad kepada pemilikan gajet semata-mata tetapi juga masa, ruang dan sokongan moral ke atas pelajar untuk terlibat secara optimum dalam perancangan pengajian yang disediakan oleh Universiti menerusi pensyarah masing-masing. Ruang belajar yang sesuai sebagai tempat pelajar terlibat aktif dan konsisten dalam PPdP ini juga menuntut kerjasama ahli keluarga sebagai sebahagian daripada persekitaran yang kondusif bagi menyokong keperluan menjayakan PPdP yang berkenaan. Kajian ini juga membawa satu anjakan paradigma baharu daripada pemahaman bahawa “digital poverty” hanya terpakai kepada takrif ketiadaan gajet dan kualiti akses internet dalam kalangan pengguna kepada satu definisi baharu iaitu kekurangan daripada segi material, ketercapaian isyarat rangkaian internet dan ketersediaan tempat yang sesuai untuk sesi PPdP. Pendefinisian semula “digital poverty”dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khasnya ini membawa bersama perspektif baharu tentang peranan manusia dan teknologi digital sebagai saling berkaitan antara satu sama lain. |
---|