Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi
Kurikulum Geografi memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang dinamik dalam semua aspek fizikal dan alam sekitar. Pendidikan Geografi bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan menerapkan nilai menghargai alam sekitar. Oleh itu, kurikulum topik kitar semula dalam mata pel...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30472/1/Pembelajaran%20berasaskan%20projek%20dalam%20mata%20pelajaran%20Geografi-Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30472/2/Pembelajaran%20berasaskan%20projek%20dalam%20mata%20pelajaran%20Geografi.pdf |
Summary: | Kurikulum Geografi memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang dinamik dalam semua aspek fizikal dan alam sekitar. Pendidikan Geografi bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan menerapkan nilai menghargai alam sekitar. Oleh itu, kurikulum topik kitar semula dalam mata pelajaran Geografi harus digabungkan bersama dengan teknik pengajaran supaya pengajaran seseorang guru lebih menyeronokkan. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah satu kaedah perbincangan kumpulan yang membolehkan pelajar berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di sekolah. Fasa pelaksanaannya sistematik dan pengetahuan yang diperoleh dapat menyedarkan pelajar cara mengamal kitar semula. Kajian berbentuk kualitatif dengan pemerhatian dan temu bual serta analisis dokumen digunakan untuk mengkaji secara mendalam tentang keberkesanan penggunaan teknik PBP mengikut fasa pelaksanaan model Reiser dan Dick dalam mata pelajaran Geografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah PBP dapat mengubah sikap dan tingkah laku pelajar semasa pembelajaran. Masalah disiplin berkurangan dan prestasi mata pelajaran Geografi telah meningkat. Pelajar berminat dan seronok belajar bersama dengan rakan kumpulan menyebabkan kesedaran dalam pengasingan sisa pepejal juga meningkat. Kesannya jumlah sisa pepejal di sekolah menurun dan amalan kitar semula dapat dipupuk. Perubahan sikap pelajar seterusnya dapat melahirkan sekolah yang sifar sampah pada masa hadapan. |
---|