Ekspresi Philip Ricardo Biji terhadap masyarakat di Sabah melalui arca ‘Tanpa Tajuk’
Kajian ini menjalankan analisis terhadap karya arca Philip Ricardo Biji berjudul ‘Tanpa Tajuk’ untuk menyingkap ekspresi pengarca terhadap masyarakat di Sabah. Data-data pemerhatian terhadap bentuk dan makna arca dianalisis melalui gabungan teori Ikonografi oleh Erwin Panofsky dan teori kritikan psi...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Penerbit UMS
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30490/1/Ekspresi%20Philip%20Ricardo%20Biji%20terhadap%20masyarakat%20di%20Sabah%20melalui%20arca%20%E2%80%98Tanpa%20Tajuk%E2%80%99%20ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30490/2/Ekspresi%20Philip%20Ricardo%20Biji%20terhadap%20masyarakat%20di%20Sabah%20melalui%20arca%20%E2%80%98Tanpa%20Tajuk%E2%80%99%20FULL%20TEXT.pdf |
Summary: | Kajian ini menjalankan analisis terhadap karya arca Philip Ricardo Biji berjudul ‘Tanpa Tajuk’ untuk menyingkap ekspresi pengarca terhadap masyarakat di Sabah. Data-data pemerhatian terhadap bentuk dan makna arca dianalisis melalui gabungan teori Ikonografi oleh Erwin Panofsky dan teori kritikan psikoanalisis oleh Sigmund Freud. Teori ikonografi terbahagi kepada tiga tahap. Kajian ini mendapati bahawa arca Philip Ricardo Biji mempunyai ekspresi yang menyerap ke dalam perasaan masyarakat di Sabah. Representasi bentuk semula jadi yang dipaparkan adalah imej manusia, sungai dan tahi lalat. Imej-imej tersebut menggambarkan motif pada anyaman dan tatu etnik Murut di Sabah. Motif-motif yang dipaparkan merujuk makna tentang budaya masyarakat Murut yang sedang bermesyuarat, acara minum tapai, aktiviti di sungai dan kepercayaan tentang keselamatan dari serangan buaya. Dari segi kritikan psikoanalisis pula, penghasilan arca seramik lebih menekankan kepada makna tersirat yang menggambarkan pengalamannya sebagai pelukis, pendidik dan ahli kraf serta aktiviti sosialnya bersama masyarakat etnik Murut. Arca ‘Tanpa Tajuk’ oleh Philip Ricardo Biji memaparkan ekspresi dari segi pemikiran, perlakuan dan perasaannya terhadap masyarakat Murut di Sabah. |
---|