Komposisi tari melayu dalam filem P. Ramlee Sumpah Orang Minyak (1958): analisis terhadap tarian Tudung Periuk
Artikel ini menganalisis komposisi tari Melayu dalam filem P. Ramlee, iaitu Sumpah Orang Minyak (1958). Perbincangan terhadap Tari Tudung Periuk dalam filem ini dilakukan berdasarkan analisis komposisi tari yang meliputi tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan kostum serta props. Analisi...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30551/1/Komposisi%20tari%20melayu%20dalam%20filem%20P.%20Ramlee%20Sumpah%20Orang%20Minyak%20.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30551/2/Komposisi%20tari%20melayu%20dalam%20filem%20P.%20Ramlee%20Sumpah%20Orang%20Minyak%201.pdf |
Summary: | Artikel ini menganalisis komposisi tari Melayu dalam filem P. Ramlee, iaitu Sumpah Orang Minyak (1958). Perbincangan terhadap Tari Tudung Periuk dalam filem ini dilakukan berdasarkan analisis komposisi tari yang meliputi tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan kostum serta props. Analisisk tema atau pokok persoalan yang cuba dipaparkan melalui makna gerak tari dan pola lantai yang dipersembahkan telah dilakukan. Ia bertujuan melihat sama ada gerak dan pola lantai yang digunakan bersesuaian dengan tema yang cuba disampaikan melalui filem tersebut. Selain itu, analisis juga akan meliputi penggunaan muzik, lagu dan kostum serta props yang digunakan oleh penari, sama ada memenuhi ciri-ciri sebuah tari Melayu yang mempunyai unsur budaya dan tradisi Melayu. Analisis ini juga akan dihubung kait dengan tujuan adegan yang dipaparkan dalam filem tersebut. Kajian ini mendapati tema yang cuba disampaikan melalui gerak tari dan pola lantai dalam dua buah tarian tersebut bersesuaian dengan tujuan adegan yang cuba dipaparkan dalam filem. Malah, pola lantai, penggunaan muzik, lagu dan kostum serta props dalam tarian tersebut memenuhi ciri-ciri komposisi sebuah tari Melayu yang mempunyai unsur budaya dan tradisi Melayu. Analisis komposisi tari tarian Melayu dalam filem P. Ramlee ini diharap dapat dijadikan panduan kepada penggiat seni tanah air, para pelajar tari, koreografer dan penulis untuk mengkaji dan menghasilkan tari yang mempunyai ciri-ciri budaya dan tradisi Melayu dari aspek tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan lain-lain lagi. |
---|