Mod pengangkutan bas tanpa permit (pirate): ciri-ciri pengoperasian dan faktor pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal di Kota Kinabalu

Ketidakseimbangan perkhidmatan bas awam di Kota Kinabalu menyebabkan pengguna memilih alternatif lain, iaitu pengangkutan tidak formal. Kawasan yang tidak menerima perkhidmatan pengangkutan awam telah mendorong kewujudan perkhidmatan informal, iaitu bas tanpa permit yang dikenali sebagai van sapu at...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazihiyah Asli, Harifah Mohd Noor
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30601/1/Mod%20pengangkutan%20bas%20tanpa%20permit%20.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30601/2/Mod%20pengangkutan%20bas%20tanpa%20permit%201.pdf
Description
Summary:Ketidakseimbangan perkhidmatan bas awam di Kota Kinabalu menyebabkan pengguna memilih alternatif lain, iaitu pengangkutan tidak formal. Kawasan yang tidak menerima perkhidmatan pengangkutan awam telah mendorong kewujudan perkhidmatan informal, iaitu bas tanpa permit yang dikenali sebagai van sapu atau “pirate”. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pengoperasian mod pengangkutan bas tanpa permit yang terdapat di Kota Kinabalu dan menjelaskan beberapa faktor pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal. Sumber primer melalui tinjauan soal selidik dan temu bual separa berstruktur melibatkan pemandu perkhidmatan bas tanpa permit diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Temu bual berstruktur juga dijalankan bersama pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bagi memantapkan penemuan kajian. Hasil kajian menunjukkan pengoperasian mod bas tanpa permit yang terdapat di Kota Kinabalu juga mempunyai ciri khusus meliputi beberapa aspek, iaitu masa bekerja, perkhidmatan, keselamatan, jenis kenderaan yang digunakan, kadar tambang, laluan pengoperasian dan organisasi pengoperasian mod. Penemuan kajian juga mendapati kesukaran dalam memenuhi polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan sebagai pengangkutan awam, khususnya yang berkaitan dengan permohonan kelulusan permit telah mendorong keputusan para pemandu untuk menjalankan operasi bas tanpa memiliki permit. Faktor-faktor lain seperti sosioekonomi, kewarganegaraan dan keselesaan juga mempengaruhi pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal. Dapatan kajian ini membantu pihak berkuasa untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada tanpa mengabaikan perkhidmatan tidak formal yang turut memainkan peranan penting dari segi mobiliti penduduk.