Pengurusan integrasi kerja-kehidupan dalam kalangan ahli akademik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UiTM cawangan Sabah

Integrasi kerja-kehidupan merupakan elemen penting dalam kerjaya seseorang pekerja tanpa mengira jantina. Pada era globalisasi hari ini, bukan wanita yang mempunyai dwi-kerjaya sahaja mementingkan integrasi antara kerjaya dan kehidupan, malah pekerja lelaki turut mengambil berat akan hal ini. Kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof, Dzurizah Ibrahim
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30605/1/Pengurusan%20integrasi%20kerja-kehidupan%20dalam%20kalangan%20ahli%20akademik%20di%20Universiti%20Malaysia%20Sabah%20%28UMS%29%20dan%20UiTM%20cawangan%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30605/2/Pengurusan%20integrasi%20kerja-kehidupan%20dalam%20kalangan%20ahli%20akademik%20di%20Universiti%20Malaysia%20Sabah%20%28UMS%29%20dan%20UiTM%20cawangan%20Sabah1.pdf
Description
Summary:Integrasi kerja-kehidupan merupakan elemen penting dalam kerjaya seseorang pekerja tanpa mengira jantina. Pada era globalisasi hari ini, bukan wanita yang mempunyai dwi-kerjaya sahaja mementingkan integrasi antara kerjaya dan kehidupan, malah pekerja lelaki turut mengambil berat akan hal ini. Kajian ke atas tenaga akademik di dua buah universiti awam di Sabah yang bertujuan untuk meneroka sejauhmana pekerja lelaki dan wanita melihat kepentingan pengurusan integrasi kerja-kehidupan dalam mengendalikan tanggungjawab kerja dan tanggungjawab keluarga, mendapati bahawa jantina lelaki dan wanita mempunyai persepsi yang sama terhadap kepentingan pengurusan integrasi kerja-kehidupan. Oleh itu, peranan organisasi dalam menganjurkan program-program berkaitan pengurusan integrasi kerjakehidupan amat diperlukan agar dapat membantu pekerja menguruskan pekerjaan seharian dan tanggungjawab terhadap keluarga serta menguruskan hal berkaitan kehidupan dengan lebih efektif. Sebagai aset dalam organisasi pekerja memerlukan dorongan dan motivasi dari masa ke semasa agar mereka sentiasa memberi komitmen terhadap tugas harian dan pada masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab kepada agama, keluarga dan masyarakat.