Kemiskinan digital, isu dan cabaran, satu penelitian awal

Penutupan premis perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pastinya memberi kesan kepada pendapatan peniaga kecil dan sederhana (PKS). Sehubungan itu, pihak kerajaan dilihat telah menjadikan perniagaan atas talian sebagai suatu medium alternatif agar golongan ini mampu menjana pendapatan w...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Firzana Rosman, Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, Jalihah Md Shah, Jurry Foo, Mahadirin Ahmad, Ramlah Daud
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30736/1/Kemiskinan%20digital%2C%20isu%20dan%20cabaran%2C%20satu%20penelitian%20awal-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30736/2/Kemiskinan%20digital%2C%20isu%20dan%20cabaran%2C%20satu%20penelitian%20awal.pdf
Description
Summary:Penutupan premis perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pastinya memberi kesan kepada pendapatan peniaga kecil dan sederhana (PKS). Sehubungan itu, pihak kerajaan dilihat telah menjadikan perniagaan atas talian sebagai suatu medium alternatif agar golongan ini mampu menjana pendapatan walaupun aktiviti perniagaan terpaksa ditutup untuk mengawal penularan covid-19. Kertas kerja ini merupakan hasil analisis kajian lepas yang menjelaskan mengenai konsep kemiskinan digital, meneliti isu-isu dan cabaran yang dihadapi peniaga serta hubungan pekerjaan dalam industri tidak formal. Dalam berhadapan masalah kemiskinan digital antara isu yang timbul ialah isu penjanaan pendapatan dan mendigitalkan kan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil, ini kerana untuk beradaptasi dengan perniagaan atas talian bukan hal yang mudah kerana model perniagaan digital berbeza dengan model perniagaan tradisional. Kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keterbatasan akses kemudahan infrastruktur pasti menjadi faktor utama dalam masalah ini. Bukan itu sahaja, keadaan golongan ini yang merupakan Self-employed workers turut menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Justeru itu, penglibatan semua pihak amatlah penting untuk menangani permasalahan ini, agar tidak ada golongan peniaga kecil yang tercicir dan sekali gus mampu bergerak seiring dengan penggunaan teknologi semasa pandemik covid-19.