Pengaruh sosiobudaya orang asal terhadap tingkah laku penjagaan kesihatan: satu tinjauan literatur

Penyelidikan Geografi Kesihatan sebagai subdisiplin dalam Geografi Manusia mula berkembang seiring dengan penggunaan kaedah kualitatif yang semakin popular menjelang tahun 1990-an. Pengkajian Geografi Kesihatan adalah berfokuskan kepada pemberian makna tempat dan pengaruh persekitaran kepada kesihat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kelly Jauding, Colonius Atang
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30858/1/Pengaruh%20sosiobudaya%20orang%20asal%20terhadap%20tingkah%20laku%20penjagaan%20kesihatan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30858/2/Pengaruh%20sosiobudaya%20orang%20asal%20terhadap%20tingkah%20laku%20penjagaan%20kesihatan1.pdf
Description
Summary:Penyelidikan Geografi Kesihatan sebagai subdisiplin dalam Geografi Manusia mula berkembang seiring dengan penggunaan kaedah kualitatif yang semakin popular menjelang tahun 1990-an. Pengkajian Geografi Kesihatan adalah berfokuskan kepada pemberian makna tempat dan pengaruh persekitaran kepada kesihatan. Pendekatan ini berkontradiksi dengan pendekatan Geografi Perubatan yang melihat tempat hanyalah sebagai ‘kanvas’ dimana peristiwa berlaku. Pemberian makna tempat dalam kajian Geografi Kesihatan menunjukkan bahawa tempat bukan hanya dicirikan oleh sifat fizikal malah juga dicirikan oleh sifat sosiobudaya. Justeru, dalam memahami tentang hasil kesihatan disesebuah tempat, ciri budaya turut perlu diambil kira. Oleh itu, dalam artikel ini elemen sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku orang asal dalam penjagaan kesihatan akan diulas dengan lebih lanjut. Kepercayaan kesihatan dalam kalangan orang asal didapati adalah bersifat kolektif yang meliputi kesihatan fizikal dan mental, hubungan dengan nenek moyang, komuniti dan alam semula jadi. Manakala elemen sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku penjagaan kesihatan dalam kalangan orang asal adalah pelbagai seperti batasan bahasa, pendidikan, jaringan keselamatan sosial, pengaruh gender dan sebagainya. Elemen sosiobudaya tersebut didapati menyebabkan halangan akses penjagaan kesihatan dalam kalangan orang asal. Maka itu, intervensi yang berkesan dalam mengatasi halangan tersebut perlulah bersifat holistik dan melibatkan pendekatan transdisiplin bagi meningkatkan keyakinan dan penggunaan orang asal terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan.