Sejarah pembangunan bandaraya Kota Kinabalu, 1881-1962
Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara bandar awal terancang yang diwujudkan oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada Julai 1889. Dari aspek sejarah, penubuhan bandar ini berkait rapat dengan langkah pembinaan sistem pengangkutan kereta api di kawasan pantai barat Borneo Utara. Wal...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31166/1/Sejarah%20pembangunan%20bandaraya%20Kota%20Kinabalu.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31166/2/Sejarah%20pembangunan%20bandaraya%20Kota%20Kinabalu1.pdf |
Summary: | Bandaraya Kota Kinabalu merupakan antara bandar awal terancang yang diwujudkan oleh British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada Julai 1889. Dari aspek sejarah, penubuhan bandar ini berkait rapat dengan langkah pembinaan sistem pengangkutan kereta api di kawasan pantai barat Borneo Utara. Walaupun sekitar tahun 1889 sehingga tahun 1942 telah memperlihatkan Bandar Jesselton berkembang dengan lebih perlahan berbanding Bandar Sandakan (Elopura), tetapi pasca Perang Dunia Kedua telah memperlihatkan Bandar Jesselton menjadi ibu negeri Borneo Utara. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan tumpuan pembangunan dan ekonomi adalah ke arah wilayah ini. Justeru, untuk mengembalikan satu sistem pentadbiran yang tersusun di Borneo Utara, maka langkah pembinaan semula dan pembangunan infrastruktur kekal dilaksanakan dengan begitu pesat seperti pembinaan kekal bangunan pentadbiran, rumah penjawat awam, deretan kedai, landasan kapal terbang, hospital dan lain-lain. Langkah pembangunan infrastruktur dan ekonomi di wilayah ini telah menyebabkan Bandar Kota Kinabalu menjadi sebuah bandar raya pada tahun 2000. Oleh itu, artikel ini akan memperincikan sejarah pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu dari tahun sebelum 1881 sehingga pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Perincian sejarah pembangunan ini akan diteliti berdasarkan empat fasa penting, iaitu (i) Kota Kinabalu sebelum tahun 1899; (ii) Kota Kinabalu era pentadbiran BNBCC (1898-1942); (iii) Kota Kinabalu era pendudukan Jepun (1942-1945); (iv)Kota Kinabalu Pasca Perang Dunia Kedua (1945-1962). |
---|