Magahau dan hubungannya dengan kepercayaan tradisi etnik Rungus di Sabah

Magahau ialah satu amalan perayaan tradisional etnik Rungus di daerah Kudat, Sabah. Magahau merujuk kepada perayaan tradisi yang disambut secara besar-besaran dalam komuniti etnik Rungus pada suatu ketika dahulu, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kesejahteraan hidup mereka. Menurut informan, maga...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Esterlina Moo Chin Len Lazarus, Mohd Kipli Abdul Rahman
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Asian Scholars Network 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31179/2/Magahau%20dan%20hubungannya%20dengan%20kepercayaan%20tradisi%20etnik%20rungus%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31179/3/Magahau%20dan%20hubungannya%20dengan%20kepercayaan%20tradisi%20etnik%20rungus%20di%20Sabah_ABSTRACT.pdf
Description
Summary:Magahau ialah satu amalan perayaan tradisional etnik Rungus di daerah Kudat, Sabah. Magahau merujuk kepada perayaan tradisi yang disambut secara besar-besaran dalam komuniti etnik Rungus pada suatu ketika dahulu, sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kesejahteraan hidup mereka. Menurut informan, magahau sebenarnya bukan bersifat ritual tetapi sambutan magahau itu tertakluk kepada kepercayaan tradisi etnik Rungus terhadap alam persekitaran mereka. Ini menyebabkan, penganjuran magahau dilarang sama sekali sekiranya tidak melibatkan sebarang upacara tradisi. Justeru itu, mereka akur dan melaksanakan tradisi tersebut dengan tertib untuk kehidupan yang harmoni. Namun kini, amalan ini tidak lagi diteruskan bersesuaian dengan transisi kehidupan semasa etnik Rungus. Melalui kajian etnografi, artikel ini akan menganalisis unsur-unsur kepercayaan tradisi etnik Rungus melalui persembahan magahau. Dengan berbuat demikian, dapat menjelaskan hubungan yang dialami antara magahau, kepercayaan tradisi dan kehidupan seharian etnik Rungus. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pemimpin etnik Rungus di daerah Kudat bagi memelihara warisan budaya ini. Justeru itu, pendokumentasian mengenai perkembangan, kepercayaan dan adat adalah penting untuk rujukan generasi akan datang.