Hubungan komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam semasa Pandemik Covid-19

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Komunikasi keorganisasian adalah terdiri daripada beberapa aspek iaitu, maklum balas individu, komunikasi antara j...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Gillberth Bundan Incham
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31262/1/Hubungan%20komunikasi%20keorganisasian%20dan%20komitmen%20pekerja%2024PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31262/2/Hubungan%20komunikasi%20keorganisasian%20dan%20komitmen%20pekerja.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Komunikasi keorganisasian adalah terdiri daripada beberapa aspek iaitu, maklum balas individu, komunikasi antara jabatan, komunikasi pengarahan tugas, dan komunikasi sesama pekerja. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap komunikasi keorganisasian dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji perhubungan antara kedua-dua pemboleh ubah iaitu komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dan borang soal selidik telah diedarkan menggunakan pautan Google Form kepada 100 orang responden secara rawak melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan Instagram pengkaji. Berdasarkan kepada analisis deskriptif, tahap komunikasi keorganisasian dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19 adalah pada tahap yang tinggi, manakala komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19 adalah pada tahap yang sederhana. Selain itu, analisis regresi mudah menunjukkan bahawa komunikasi keorganisasian mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Ini menunjukkan hubungan yang positif di antara komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Oleh itu, hipotesis alternatif adalah diterima yang mana wujud hubungan antara komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam sepanjang tempoh pandemik COVID-19.