Cabaran kebolehpasaran dalam kalangan pelajar tahun akhir sepanjang pandemik covid-19

Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada sektor ekonomi dan ramai pekerja yang telah hilang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kerisauan dan kebimbangan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti tahun akhir yang akan berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas bergraduasi. Bagi mengatasi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Faqhrullah Khamis, Getrude Cosmas
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: FPP, Universiti Malaysia Sabah 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31320/1/Cabaran%20kebolehpasaran%20dalam%20kalangan%20pelajar%20tahun%20akhir%20sepanjang%20pandemik%20covid-19-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31320/2/Cabaran%20kebolehpasaran%20dalam%20kalangan%20pelajar%20tahun%20akhir%20sepanjang%20pandemik%20covid-19.pdf
Description
Summary:Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada sektor ekonomi dan ramai pekerja yang telah hilang pekerjaan. Hal ini menyebabkan kerisauan dan kebimbangan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti tahun akhir yang akan berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan selepas bergraduasi. Bagi mengatasi cabaran ini, pelajar tahun akhir perlu bersedia dengan menyertai program kebolehpekerjaan seperti program upskilling yang dapat membantu mereka bersedia untuk bekerja dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran pekerjaan. Kertas kerja ini membincangkan kesan penglibatan pelajar universiti tahun akhir dalam program upskilling dan kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dan ketahanan kendiri dalam mengatasi cabaran kebolehpekerjaan dalam tempoh pandemik. Metod yang digunakan untuk meneroka kajian lepas yang berkaitan adalah berdasarkan ulasan naratif. Kajian lepas yang memfokuskan kesan program upskilling dan pengaruh kebimbangan kerjaya terhadap kesediaan bekerja dalam kalangan pelajar tahun akhir dan ketahanan kendiri dalam menghadapi cabaran kebolehpekerjaan diterokai. Kajian ini merangkumi kajian dalam konteks tempatan dan global. Kajian lepas menunjukkan penglibatan dalam program upskilling dapat meningkatkan kesediaan bekerja dan ketahanan kendiri pelajar dalam berhadapan dengan cabaran pekerjaan seperti mencari dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Di samping itu, kebimbangan kerjaya dapat mengurangkan kesediaan bekerja dan daya tahan. Berdasarkan isu-isu kebolehkerjaan yang dibincangkan, adalah perlu dikaji isu-isu kebolehpekerjaan dengan memfokuskan kepada pelajar universiti tahun akhir di universiti tempatan dan swasta di Sabah terutamanya semasa pandemik.