Komunikasi interpersonal dalam organisasi dan kesannya terhadap prestasi kerja : kajian kes di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tawau, Sabah

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap komunikasi interpersonal secara positif dan tahap komunikasi interpersonal secara negatif yang diamalkan dalam organisasi dan pengaruh komunikasi interpersonal terhadap prestasi kerja pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam menjalanka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurul Ashikin Lasatu
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31331/1/Komunikasi%20interpersonal%20dalam%20organisasi%20dan%20kesannya%20terhadap%20prestasi%20kerja.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31331/2/Komunikasi%20interpersonal%20dalam%20organisasi%20dan%20kesannya%20terhadap%20prestasi%20kerja24pages.pdf
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap komunikasi interpersonal secara positif dan tahap komunikasi interpersonal secara negatif yang diamalkan dalam organisasi dan pengaruh komunikasi interpersonal terhadap prestasi kerja pekerja dalam sesebuah organisasi. Dalam menjalankan kajian pegawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang terletak di dearah Tawau, Sabah telah dipilih untuk menjadi responden dalam kajian penyelidikan ini yang mana seramai 30 orang pegawai akan terpilih sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden kajian. Penggunaan kaedah analisis deskriptif dan juga analisis regrasi mudah untuk menganalisis data kajian yang telah diperolehi daripada responden. Hasil daripada analisis tersebut pengkaji mendapati bahawa model kajian yang dibangunkan adalah signifikan dan diterima dalam konteks kajian penyelidikan ini. Dalam pada itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komunikasi interpersonal secara positif berada pada tahap yang baik sekaligus secara dominan dalam mempengaruhi prestasi kerja dalam organisasi. Namun begitu, tahap komunikasi secara negatif juga mempunyai pengaruh secara signifikan terhadap prestasi kerja tetapi berada pada tahap yang sederhana sahaja. Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap komunikasi sama ada secara positif mahupun negatif mempengaruhi prestasi kerja pekerja dalam organisasi dan hipotesis kajian adalah diterima.