Pengaruh pemboleh ubah jantina dalam perundingan kolektif dalam kalangan kesatuan sekerja di Sabah
Amalan Interest Based Bargaining (IBB) adalah salah satu alternatif perundingan kolektif yang diamalkan oleh kesatuan sekerja dan majikan untuk mengurangkan ketegangan dan konflik ketika berunding. Walau bagaimanapun amalan IBB bukanlah satu strategi perundingan yang mudah diterima dan diamalkan ole...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31423/1/Pengaruh%20pemboleh%20ubah%20jantina%20dalam%20perundingan%20kolektif%20dalam%20kalangan%20kesatuan%20sekerja%20di%20Sabah-ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31423/2/PENGARUH%20PEMBOLEH%20UBAH%20JANTINA%20DALAM%20PERUNDINGAN%20KOLEKTIF%20DALAM%20KALANGAN%20KESATUAN%20SEKERJA%20DI%20SABAH.pdf |
Summary: | Amalan Interest Based Bargaining (IBB) adalah salah satu alternatif perundingan kolektif yang diamalkan oleh kesatuan sekerja dan majikan untuk mengurangkan ketegangan dan konflik ketika berunding. Walau bagaimanapun amalan IBB bukanlah satu strategi perundingan yang mudah diterima dan diamalkan oleh kesatuan sekerja dan majikan. Perbezaan demografi responden iaitu jantina turut mempengaruhi hasil perundingan kolektif. Selain itu faktor-faktor yang turut mempengaruhi adalah kaedah pemimpin kesatuan sekerja menyelesaikan konflik, iklim organisasi, sikap kolektivisme dan persepsi terhadap instrumentaliti kesatuan sekerja. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi IBB dan menguji pemboleh ubah jantina sebagai faktor penyederhana antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mensasarkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja di Sabah. Pendekatan statistik diskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan persepsi terhadap instrumentaliti kesatuan sekerja intrinsik dan sikap kolektivisme mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan amalan IBB. Ini menunjukkan keyakinan kepada kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak-hak intrinsik pekerja dan sikap kolektivisme berupaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja untuk berunding menggunakan amalan IBB. Manakala ujian pengaruh penyederhanaan melalui analisis regresi berganda menunjukkan bahawa jantina tidak bertindak sebagai penyederhana terhadap hubungan di antara pendekatan pengurusan konflik, iklim hubungan industri, sikap kolektivisme serta persepsi terhadap instrumentaliti kesatuan sekerja dengan amalan IBB. |
---|