Pengaruh harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa kanak-kanak oku pembelajaran

Golongan ibu bapa yang mempunyai anak OKU merupakan golongan yang telah dikaitkan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan anak khususnya anak OKU pembelajaran. Kajian sedia ada mengenai ibu bapa yang membesarkan anak OKU telah menunjukkan betapa kompleksnya cabaran yang dialami oleh ibu bapa terma...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Calistina Ubeh, Ferlis Hj. Bahari, Peter Voo Su Kiong
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31517/1/Pengaruh%20harapan%20terhadap%20anak%20dan%20sokongan%20sosial%20ke%20atas%20kesejahteraan%20subjektif%20ibu%20bapa%20kanak-kanak%20oku%20pembelajaran-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31517/2/Pengaruh%20Harapan%20Terhadap%20Anak%20Dan%20Sokongan%20Sosial%20Ke%20Atas%20Kesejahteraan%20Subjektif%20Ibu%20Bapa%20Kanak-kanak%20Oku%20Pembelajaran.pdf
Description
Summary:Golongan ibu bapa yang mempunyai anak OKU merupakan golongan yang telah dikaitkan dengan pelbagai cabaran dalam membesarkan anak khususnya anak OKU pembelajaran. Kajian sedia ada mengenai ibu bapa yang membesarkan anak OKU telah menunjukkan betapa kompleksnya cabaran yang dialami oleh ibu bapa termasuklah risiko yang melibatkan aspek kesejahteraan fizikal dan emosi. Walau bagaimanapun, golongan ibu bapa kanak-kanak OKU ini telah memberikan bukti yang berbeza-beza dalam aspek kesihatan mental yang akhirnya menggalakkan lagi penyelidikan yang memberi fokus khususnya kepada aspek-aspek positif termasuklah kesejahteraan subjektif. Mengetahui kesejahteraan subjektif ibu bapa yang membesarkan anak OKU merupakan satu keperluan yang sangat penting untuk dipenuhi memandangkan golongan ibu bapa yang membesarkan anak OKU ini adalah sebahagian daripada peratus yang signifikan dalam populasi dunia. Bagi memenuhi dan memahami keperluan tersebut, satu kajian menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dijalankan untuk menguji pengaruh faktor harapan terhadap anak dan sokongan sosial ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa OKU pembelajaran. Hasil kajian ke atas seramai 328 orang ibu bapa OKU pembelajaran menunjukkan kedua-dua faktor tersebut memberi pengaruh yang signifikan ke atas kesejahteraan subjektif ibu bapa OKU pembelajaran. Dapatan kajian ini mencadangkan harapan terhadap anak dan sokongan sosial sebagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan subjektif dalam kalangan ibu bapa OKU pembelajaran.