Pembudayaan konotasi “bahasa jiwa bangsa”: refleksi identiti kebangsaan ke arah sinergi solidariti dan harmonisasi rakyat Malaysia

Makalah ini membahaskan pembudayaan konotasi “Bahasa Jiwa Bangsa” sebagai elemen pemupukan refleksi identiti yang melambangkan solidariti satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi mencapai sinergi harmonisasi rakyat Malaysia. Penghujahan diketengahkan justeru bermatlamat menjelajahi pengalaman...

全面介紹

書目詳細資料
Main Authors: Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Herlina Jupiter, Saifulazry Mokhtar
格式: Article
語言:English
English
出版: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2021
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31525/1/Pembudayaan%20konotasi%20.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31525/2/Pembudayaan%20konotasi%201.pdf
實物特徵
總結:Makalah ini membahaskan pembudayaan konotasi “Bahasa Jiwa Bangsa” sebagai elemen pemupukan refleksi identiti yang melambangkan solidariti satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi mencapai sinergi harmonisasi rakyat Malaysia. Penghujahan diketengahkan justeru bermatlamat menjelajahi pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara masyhur dengan keunikan rencam bangsa, namun terpaksa mendepani pelbagai cabaran demi memartabat bahasa ibunda. Kaedah analisis kandungan data sekunder mengutilasi hasil perolehan intihanya jurnal, laporan, buku, wawancara, berita dalam talian dan lain-lain bahan bercetak. Mendasari latar belakang kajian bersifat inaugurasi, seleksi isu-isu signifikan yang dibahas dan diadun penjustifikasian merangkumi hujahan antaranya (i) Sikap, kesedaran, komitmen dan tanggungjawab masyarakat ke arah permuafakatan pemerkasaan bahasa kebangsaan, (ii) Fenomena media sosial dan pengaruh media massa dalam kelestarian bahasa kebangsaan, (iii) Kealpaan pemuliharaan penghasilan karya seni dan kesusasteraan negara dan (iv) Peranan vital Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyemarakkan pembudayaan konotasi “Bangsa Jiwa Bangsa”. Disputasi sasaran perbincangan secara tuntas menekankan relevansi penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang ternyata membuktikan iltizam negara memelihara kelangsungan status bahasa Melayu melalui penguatkuasaan perundangan. Hala tuju masa depan kajian seumpama ini wajar memfokalkan intipati perdebatan lanjut bagi mendukung bahasa ibunda sebagai satu khazanah dan warisan terbesar buat rakyat Malaysia.