Memahami strategi daya tindak mangsa bencana banjir berdasarkan kajian kualitatif

Apabila bencana berlaku pelbagai bantuan seperti penempatan sementara, makanan dan minuman, pakaian bersih serta bantuan logistik dan fizikal yang lain diberikan kepada mangsa bencana. Namun begitu, kurang diketahui tentang cara mangsa menghadapi bencana yang sedang be rlaku. Oleh itu, objektif kaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fattin Navilla Abdul Ghani, Ferlis Bullare @ Bahari
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31554/3/Memahami%20strategi%20daya%20tindak%20mangsa%20bencana%20banjir%20berdasarkan%20kajian%20kualitatif-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31554/2/Memahami%20Strategi%20Daya%20Tindak%20Mangsa%20Bencana%20Banjir%20Berdasarkan%20Kajian%20Kualitatif.pdf
Description
Summary:Apabila bencana berlaku pelbagai bantuan seperti penempatan sementara, makanan dan minuman, pakaian bersih serta bantuan logistik dan fizikal yang lain diberikan kepada mangsa bencana. Namun begitu, kurang diketahui tentang cara mangsa menghadapi bencana yang sedang be rlaku. Oleh itu, objektif kajian ini adalah penerokaan berkenaan strategi daya tindak mangsa bencana menggunakan kajian kualitatif. Responden yang terlibat adalah mangsa banjir yang berlaku pada tahun 2015 iaitu 3 mangsa banjir besar di Gua Musang, Kelantan dan 5 mangsa banjir di Kuching, Sarawak. Hasil dapatan kajian kualitatif berdasarkan kaedah open coding daripada hasil temu bual bersama mangsa banjir mendapati terdapat dua fasa dalam strategi daya tindak mangsa banjir iaitu fasa semasa bencana banjir d an fasa selepas bencana banjir. Dalam fasa semasa banjir terdapat tiga strategi daya tindak iaitu berbual dan mendengar, strategi spiritual, dan memasak bersama sama dan makan bersama sama. Manakala fasa selepas banjir pula adalah bergotong royong membersi hkan rumah dan mempunyai harapan untuk kelan g sungan hidup. Oleh itu, kajian ini bukan sekadar mengetahui cara mangsa banjir menghadapi bencana tetapi juga sebagai pengetahuan kepada pihak kerajaan, NGO dan swasta bagi memantapkan lagi proses menyalurkan ba ntuan bukan sekadar bantuan logistik tetapi turut menyalurkan bantuan berbentuk emosi atau psikologikal kepada mangsa bencana.