Tinjauan awal perlaksanaan program mentor-mentee dalam kalangan pelajar di sebuah universiti awam di Kota Kinabalu

Perlaksanaan program pementoran semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar universiti, tetapi kurang bukti tentang hubungan ini. Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan program mentor-mentee di universiti awam Kota Kinabalu. Seramai 378 orang pelajar univ...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jusiah Idang, Connie Cassy Ompok, Mohd. Sobri Ismail, Melissa Edora Sanu
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31595/2/Tinjauan%20awal%20perlaksanaan%20program%20mentor-mentee%20dalam%20kalangan%20pelajar%20di%20sebuah%20universiti%20awam%20di%20Kota%20Kinabalu-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31595/1/TINJAUAN%20AWAL%20PERLAKSANAAN%20PROGRAM%20MENTOR-MENTEE%20DALAM%20KALANGAN%20PELAJAR%20DI%20SEBUAH%20UNIVERSITI%20AWAM%20DI%20KOTA%20KINABALU.pdf
Description
Summary:Perlaksanaan program pementoran semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelajar universiti, tetapi kurang bukti tentang hubungan ini. Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan program mentor-mentee di universiti awam Kota Kinabalu. Seramai 378 orang pelajar universiti yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi keberkesanan program antara pelajar lelaki dan perempuan (t (376)= -0.379, k >.05). Pelajar tahun 1 (M = 3.28, SP = 0.45) pengajian didapati mempunyai persepsi yang lebih positif berbanding pelajar tahun 3 (M = 3.05, SP = 0.60). Selain itu, didapati terdapat perbezaan persepsi keberkesanan program mengikut program pengajian F (4,373)= 8.872, k <.05 dan etnik pelajar F (5,372)= 4.401, k <.05. Kajian ini menyediakan maklumat kepada pensyarah, Fakulti, Universiti dan Institut Pengajian Tinggi dalam mengenalpasti persepsi pelajar mengenai keberkesanan program mentor-mentee dan penambahbaikan yang diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan program.