Pembentukan dan pengujian kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen model sosial-perubatan ketidakupayaan (IMS-PK) orang kurang upaya di Malaysia

Instrumen Model Sosial – Perubatan Ketidakupayaan (IMS-PK) telah dibentuk melalui hasil kajian kualitatif ke atas golongan OKU, ibu bapa OKU dan bukan OKU iaitu seramai 26 orang menggunakan tujuh langkah pembentukan instrumen baru kajian seperti yang dicadangkan oleh Cresswell dan Plano Clark (2011)...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lineker Ak Takom, Ferlis Bahari, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan @ Endalan, Mohd. Dahlan A. Malek, Rosnah Ismail, Fariz A. Rani
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31604/3/Pembentukan%20dan%20pengujian%20kebolehpercayaan%20ketekalan%20dalaman%20instrumen%20model%20sosial-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31604/2/PEMBENTUKAN%20DAN%20PENGUJIAN%20KEBOLEHPERCAYAAN%20KETEKALAN%20DALAMAN%20INSTRUMEN%20MODEL%20SOSIAL-PERUBATAN%20KETIDAKUPAYAAN%20%28IMS-PK%29%20ORANG%20KURANG%20UPAYA%20DI%20MALAYSIA.pdf
Description
Summary:Instrumen Model Sosial – Perubatan Ketidakupayaan (IMS-PK) telah dibentuk melalui hasil kajian kualitatif ke atas golongan OKU, ibu bapa OKU dan bukan OKU iaitu seramai 26 orang menggunakan tujuh langkah pembentukan instrumen baru kajian seperti yang dicadangkan oleh Cresswell dan Plano Clark (2011). IMS-PK telah dibentuk sendiri oleh kumpulan penyelidik dan dibahagikan kepada tiga bahagian bagi mengukur perspektif golongan OKU (Skala Model SosioPerubatan-Versi OKU, SMSP- VOKU), ibu bapa OKU (Skala Model SosioPerubatan-Versi IBOKU, SMSP-VIBOKU) dan bukan OKU (Skala Model SosioPerubatan-Versi Bukan OKU, SMSP-VBOKU). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menguji kebolehpercayaan ketekalan dalaman SMSP-VOKU, SMSP-VIBOKU dan SMSP- VBOKU. Seramai 577 responden (106 OKU, 131 Ibu Bapa OKU, 340 Bukan OKU) telah dijadikan responden kajian. Analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman diuji menggunakan kaedah pekali Cronbach Alpha dan Split-Half. Kajian mendapati ketiga-tiga skala yang dibentuk mempunyai tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang baik dan tinggi. Pekali Cronbach Alpha bagi SMSP-VOKU, SMSP-VIBOKU dan SMSP-VBOKU masing-masing mencatat 0.82, 0.78 dan 0.70 bagi pekali Cronbach Alpha dan 0.77, 0.76 dan 0.52 bagi pekali Split-Half. Pembentukan IMS-PK memberi implikasi kepada bidang Psikologi yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan OKU di Malaysia.