Amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah: Satu kajian awal

Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Seramai 271 orang guru dari 15 sekolah menengah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif secara tinjauan menggunakan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hussin Musa, Christina Andin, Mohd Nasir Rayung, Syahrul Nizam Salam
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31693/1/Amalan%20pentaksiran%20kemahiran%20insaniah%20murid%20sekolah%20menengah_%20Satu%20kajian%20awal_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31693/2/Amalan%20pentaksiran%20kemahiran%20insaniah%20murid%20sekolah%20menengah_%20Satu%20kajian%20awal.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Seramai 271 orang guru dari 15 sekolah menengah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif secara tinjauan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan ciri demografi responden manakala Bahagian B mengukur amalan pentaksiran kemahiran insaniah murid mengikut lapan kostruk kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik, dan kemahiran memahami budaya. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social science SPSS. Analisis data dilaporkan dalam bentuk peratusan, min, dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pentaksiran lapan konstruk kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan pentaksiran 8 konstruk kemahiran insaniah berdasarkan ciri demografi responden. Selain daripada itu, kajian ini juga mendapati bahawa tidak terdapat instrumen penilaian khas yang digunakan oleh guru untuk mentaksir elemen kemahiran insaniah murid dalam PdPc. Oleh yang demikian kajian ini mencadangkan pembinaan satu instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid sekolah menengah berdasarkan konstruk kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan tahap perkembangan murid secara holistic.