Pembinaan instrumen pencapaian awal matematik untuk kanak-kanak prasekolah

Kajian ini adalah membina instrumen untuk mengukur pencapaian awal matematik untuk kanak-kanak prasekolah. Dalam membina instrumen ini, penyelidik telah memilih kaedah konsistensi dalaman menggunakan Model Rasch. Dua set instrumen pencapaian awal Matematik kanak-kanak prasekolah diadaptasikan daripa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Connie Cassy Ompok, Alley Emison, Lydia Teo
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Secholian Publication PLT 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31698/1/Pembinaan%20instrumen%20pencapaian%20awal%20matematik%20untuk%20kanak-kanak%20prasekolah_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31698/2/Pembinaan%20instrumen%20pencapaian%20awal%20matematik%20untuk%20kanak-kanak%20prasekolah.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah membina instrumen untuk mengukur pencapaian awal matematik untuk kanak-kanak prasekolah. Dalam membina instrumen ini, penyelidik telah memilih kaedah konsistensi dalaman menggunakan Model Rasch. Dua set instrumen pencapaian awal Matematik kanak-kanak prasekolah diadaptasikan daripada Test of Early Mathematics Ability (TEMA) (Ginsburg dan Baroody, 2003) berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Instrumen-instrumen ini merupakan ujian pra dan ujian pasca yang boleh digunakan untuk mengenal pasti kesan intervensi Matematik. Data kajian diperoleh melalui kaedah temu bual dan pemerhatian tulisan kanak-kanak yang seterusnya diterjemahkan kepada data kuantitatif. Kesemua item dalam kajian ini mempunyai kesahan konstruk iaitu berada dalam lingkungan 0.77 dan 1.30 semasa kajian rintis dijalankan.