Akhlakul Karimah dalam puisi tradisional Melayu dan peranannya sebagai medium dakwah Bil-Qalam

Penelitian ini bertujuan untuk mendiskripsikan sifat Akhlakul Karimah (akhlak yang baik dan terpuji) dalam puisi tradisional melayu, seterusnya melihat kepentingannya sebagai medium dakwah bil-qalam. Terdapat dua buah puisi tradisional melayu yang menjadi topik perbincangan sepanjang penulisan ini i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mashor Awang Long, Asmiaty Amat, Mazni Mustapha
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31926/1/Akhlakul%20Karimah%20dalam%20Puisi%20Tradisional%20Melayu%20dan%20Peranannya%20Sebagai%20Medium%20Dakwah%20Bil-Qalam.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31926/2/Akhlakul%20Karimah%20dalam%20Puisi%20Tradisional%20Melayu%20dan%20Peranannya%20Sebagai%20Medium%20Dakwah%20Bil-Qalam.pdf
Description
Summary:Penelitian ini bertujuan untuk mendiskripsikan sifat Akhlakul Karimah (akhlak yang baik dan terpuji) dalam puisi tradisional melayu, seterusnya melihat kepentingannya sebagai medium dakwah bil-qalam. Terdapat dua buah puisi tradisional melayu yang menjadi topik perbincangan sepanjang penulisan ini iaitu pantun dua kerat nasihat dan syair pohon buluh. Dalam puisi radisional melayu yang dikaji ini dilihat mempunyai tema dan makna yang sangat sesuai dalam mendidik dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat dan khususnya remaja. Penelitian ini mempunyai dua objektif utama, iaitu pertama (i) mengenal pasti setiap makna dalam setiap rangkap puisi tradisional yang mengandungi tema berteraskan sifat akhlakul karimah dan yang kedua (ii) menghuraikan makna dalam setiap rangkap puisi tradisional melayu yang mempunyai peran penting sebagai medium dakwah bil-qalam kepada remaja. Metode yang digunakan dalam penyeidikan ini adalah analisis teks (Content Analysis) yang bersifat kualitatif. Pengakaji juga telah menggunakan konsep akhlak Al-Ghazali dalam menganalisis penulisan ini. Konsep akhlak Al-Ghazali terbahagi kepada tiga (3) komponen iaitu (1) Akhlak terhadap Allah, (2) Akhlak terhadap manusia dan (3) Akhlak terhadap lingkungan yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Implikasi kajian menunjukkan kedua-dua puisi tradisional melayu ini mempunyai peranan khusus dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja, kerana puisi tersebut mengandungi epistemologi akhlak Islamiah yang penting dalam pembentukan peribadi muslim yang sejati.