Penggunaan simbol budaya dalam catan oleh dua pelukis negeri Kedah

Konsep budaya yang diutarakan dalam Krober and Kluchohn merujuk kepada kewujudan dua kategori dalam konsep budaya iaitu, kategori realistik dan kategori idealistik. Kaedah kajian realistik lazimnya menggunakan pendekatan pemerhatian, manakala kaedah idealistik. pula mengutamakan penganalisisan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azizah Ibrahim, Humin Jusilin, Surayah Bungsu
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31947/1/Penggunaan%20simbol%20budaya%20dalam%20catan%20oleh%20dua%20pelukis%20negeri%20Kedah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31947/2/Penggunaan%20Simbol%20Budaya%20dalam%20Catan%20oleh%20Dua%20Pelukis%20Negeri%20Kedah.pdf
Description
Summary:Konsep budaya yang diutarakan dalam Krober and Kluchohn merujuk kepada kewujudan dua kategori dalam konsep budaya iaitu, kategori realistik dan kategori idealistik. Kaedah kajian realistik lazimnya menggunakan pendekatan pemerhatian, manakala kaedah idealistik. pula mengutamakan penganalisisan yang bersifat jitu (M.S.Garbarino, 1977:49). Kajian secara realistik dan idealistik di ketengahkan ini adalah menjelaskan konsep budaya berkaitan seni catan yang dihasilkan oleh dua orang pelukis di Negeri Kedah. Kajian ini dapat menjelaskan lebih dalam berkaitan simbol budaya dalam olahan catan pelukis dari segi subjek, tema, bentuk dan makna. Seterusnya kajian ini mengetahui bagaimana pengaruh simbol budaya dalam catan dapat menjelaskan budaya yang diwarisi secara turun-temurun. Data-data kajian yang bersifat kualitatif diperolehi di lapangan melalui penerokaan, kaedah temu bual, pemerhatian dan audio visual. Manakala analisis data dalam penyelidikan ini menggunakan Teori Ikonografi yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky 1939. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai simbol budaya yang terdapat pada catan yang dihasilkan. Justeru itu, pelukis negeri Kedah yang dikaji berjaya menampilkan unsur budaya melalui olahan karya catan yang memberi penjelasan tentang nilai budaya masyarakat setempat.