Kaedah alternatif penghasilan video animasi dalam sesi e-pembelajaran semasa pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 membawa perubahan besar kepada semua sistem organisasi seluruh dunia termasuklah bidang pendidikan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran telah beralih kepada pembelajaran secara atas talian atau e...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Imelda Ann Achin, Addley Bromeo Bianus
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31964/1/Kaedah%20alternatif%20penghasilan%20video%20animasi%20dalam%20sesi%20e-pembelajaran%20semasa%20pandemik%20Covid-19.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31964/2/Kaedah%20Alternatif%20Penghasilan%20Video%20Animasi%20dalam%20Sesi%20E-Pembelajaran%20Semasa%20Pandemik%20Covid-19.pdf
Description
Summary:Pandemik Covid-19 membawa perubahan besar kepada semua sistem organisasi seluruh dunia termasuklah bidang pendidikan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran telah beralih kepada pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran. Norma baharu ini telah membawa kepada kerisauan di kalangan pendidik dan ibu bapa sekiranya perubahan ini memberi impak negatif di kalangan para pelajar dalam meneruskan sesi pembelajaran mereka. Bertitik tolak daripada ini,kajian ini memfokuskan kaedah alternatif sesi e-pembelajaran untuk membantu para pelajar mengatasi realiti semasa dan meluahkan perasaan dan pemikiran kreatif berkaitan pandemik COVID-19 melalui penghasilan video animasi. Kajian ini menggunakan kerangka dan model ADDIE (Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian). Hasil kajian ini mendapati proses pembelajaran berupaya dilaksanakan secara realistik melalui perkembangan progresif pelajar sepanjang pembikinan video animasi walaupun dijalankan secara maya. Malahan, para pelajar lebih tertarik dengan topik yang berkaitan situasi semasa berdasarkan hasil karya akhir animasi mereka kerana mereka boleh mengekspresi serta meningkatkan kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif.