Perbandingan sistem fonologi bunyi vokal dan konsonan Dusun-Perancis

Kajian ini akan memperlihatkan perbandingan di antara sistem fonologi bahasa Dusun dan bahasa Perancis yang diterjemahkan melalui sistem fonetik dan fonologi. Fonologi adalah bidang mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem merupakan lambang bunyi bahasa yang diberi satu lambang seperti lambang / ᶴ /meruj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nor Azan Abdullah
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: IPG Kampus Kent 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32405/1/Perbandingan%20sistem%20fonologi%20bunyi%20vokal%20dan%20konsonan%20Dusun-Perancis.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32405/2/PERBANDINGAN%20SISTEM%20FONOLOGI%20BUNYI%20VOKAL%20DAN%20KONSONAN.pdf
Description
Summary:Kajian ini akan memperlihatkan perbandingan di antara sistem fonologi bahasa Dusun dan bahasa Perancis yang diterjemahkan melalui sistem fonetik dan fonologi. Fonologi adalah bidang mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem merupakan lambang bunyi bahasa yang diberi satu lambang seperti lambang / ᶴ /merujuk lambang bagi huruf ch. Terdapat juga sistem gabungan bunyi dua huruf ‘ng’ yang dilambangkan dengan fonem /ŋ/. Mengenali setiap bunyi fonem boleh membentuk sistem ejaan bahasa. Penulis akan meneliti sistem bunyi vokal dan konsonan Dusun-Perancis agar pembaca memahami perbezaan dan persamaan sistem fonologi bagi kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa Dusun yang berasal daripada keluarga bahasa Malaynesia manakala bahasa Perancis berasal daripada ibu bahasa Indo-Eropah. Pembaca akan disajikan dengan jelas beberapa perbedaan fonemik yang wujud dalam keduadua sistem bahasa. Pendekatan diskriptif fonologi digunakan untuk menunjukkan perbedaan dan persamaan fonem di antara dua bahasa yang dikaji. Kajian ini merupakan kajian bersifat kualitatif berteraskan kaedah kajian perpustakaan dengan merujuk kamus, buku-buku, artikel dan laman sesawang yang berkaitan. Objektif kajian adalah mengenal pasti dan menjelaskan serta menyenaraikan persamaan dan perbedaan fonem vokal dan konsonan bagi kedua-dua bahasa tersebut. Kajian ini akan membantu para linguis mahu pencinta linguistik memahami sistem fonologi bagi kedua bahasa yang datangnya daripada dua keluarga bahasa yang berlainan rumpun.