Pemerkasaan wanita dan usaha mencapai kesaksamaan gender melalui sektor ekopelancongan di kadamaian, Kota Belud, Sabah

Pemerkasaan wanita merupakan aspek kritikal dalam mencapai kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender merujuk kepada keadaan iaitu wanita dan lelaki menikmati peluang, akses, hak, pemilikan sumber, serta kesetaraan peranan dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Dalam konteks perbincangan artikel ini,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Dayang Suria Mulia, Kartina Narwan
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Persatuan Sains Sosial Malaysia 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32445/1/Pemerkasaan%20wanita%20dan%20usaha%20mencapai%20kesaksamaan%20gender%20melalui%20sektor%20ekopelancongan%20di%20kadamaian%2C%20Kota%20Belud%2C%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32445/2/PEMERKASAAN%20WANITA%20DAN%20USAHA%20MENCAPAI%20KESAKSAMAAN%20GENDER%20MELALUI%20SEKTOR%20EKOPELANCONGAN%20DI%20KADAMAIAN%2C%20KOTA%20BELUD%2C%20SABAH.pdf
Description
Summary:Pemerkasaan wanita merupakan aspek kritikal dalam mencapai kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender merujuk kepada keadaan iaitu wanita dan lelaki menikmati peluang, akses, hak, pemilikan sumber, serta kesetaraan peranan dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Dalam konteks perbincangan artikel ini, ekopelancongan dianggap satu ‘alat’ yang mampu memperkasa wanita dan membantu usaha mencapai kesaksamaan gender dalam semua aspek kehidupan. Penglibatan aktif wanita dalam aktiviti ekopelancongan membolehkan mereka terlibat dalam proses membuat keputusan, meningkatkan akses, kawalan serta pemilikan terhadap sumber. Sehubungan itu, objektif utama penyelidikan yang dibincangkan dalam artikel ini ialah mengenal pasti kepelbagaian peranan wanita yang terlibat dalam sektor ekopelancongan di Kadamaian, Kota Belud. Objektif seterusnya ialah menilai tahap pemerkasaan wanita yang terlibat dalam aktiviti ekopelancongan. Indikator yang digunakan untuk menilai elemen pemerkasaan wanita termasuklah akses pemilikan dan kawalan sumber, penglibatan dalam proses membuat keputusan, peningkatan kemahiran, keyakinan diri, dan pengembangan jaringan sosial. Kaedah kualitatif yang digunakan termasuklah temubual mendalam, focus group discussion (FGD), pemerhatian di lokasi kajian, disamping mengikuti aktiviti ekopelancongan yang menampilkan wanita sebagai pengendali aktiviti. Seramai 44 orang responden wanita yang ditemubual dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 22% wanita yang memiliki serta mengurus inap desa/homestay, 15% wanita mengetuai projek ekopelancongan berasaskan komuniti, dan 15% wanita menjadi pengendali aktiviti lasak seperti jungle trekking. Namun, masih ramai wanita yang terlibat dalam tugastugas kerja pembersihan dan keceriaan di camping site dan Inap Desa iaitu sebanyak 42%. Dapatan kajian berkaitan pemerkasaan wanita ini boleh menjadi input kepada agensi berkaitan dalam merangka dasar dan strategi untuk mencapai kesaksamaan gender di luar bandar.