Tindakan kolektif melalui piket dalam kalangan pekerja di Malaysia: Analisis kajian lepas

Tindakan kolektif merupakan tindakan yang dapat menarik perhatian majikan dan kerajaan terhadap isu yang berlaku di tempat kerja. Ciri utama tindakan kolektif ialah dengan melibatkan sekumpulan pekerja untuk mencapai objektif secara bersama. Antara tindakan yang dapat dilakukan ialah perundingan kol...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nassiah Gaong, Mahadirin Ahmad, Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Persatuan Sains Sosial Malaysia 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32484/1/Tindakan%20kolektif%20melalui%20piket%20dalam%20kalangan%20pekerja%20di%20Malaysia%2C%20Analisis%20kajian%20lepas.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32484/2/TINDAKAN%20KOLEKTIF%20MELALUI%20PIKET%20DALAM%20KALANGAN%20PEKERJA%20DI%20MALAYSIA%2C%20ANALISIS%20KAJIAN%20LEPAS.pdf
Description
Summary:Tindakan kolektif merupakan tindakan yang dapat menarik perhatian majikan dan kerajaan terhadap isu yang berlaku di tempat kerja. Ciri utama tindakan kolektif ialah dengan melibatkan sekumpulan pekerja untuk mencapai objektif secara bersama. Antara tindakan yang dapat dilakukan ialah perundingan kolektif dan tindakan perusahaan seperti mogok dan piket. Pelanggaran hak asasi dan kebajikan pekerja merupakan salah satu bentuk eksploitasi daripada majikan terhadap pekerja. Disebabkan pelanggaran hak asasi pekerja seperti isu-isu yang melibatkan upah pekerja dan beberapa permintaan yang tidak dipenuhi oleh majikan dalam perundingan kolektif, menyebabkan pekerja bersatu hati dan melakukan tindakan kolektif bagi menjaga kebajikan mereka. Senario ini jelas mengambarkan pekerja mula melakukan sebarang tindakan yang difikirkan dapat melindungi dan mendatangkan manfaat pekerjaan kepada mereka seperti saranan teori daripada Mancur Olson iaitu “The Logic of Collective Action”. Oleh itu, Objektif kajian ini akan menerangkan proses tindakan kolektif melalui piket pekerja serta menjelaskan kepentingan tindakan kolektif terhadap isu kebajikan pekerja. Berdasarkan hasil dapatan kajian dan analisis keratan akhbar, telah membuktikan tindakan kolektif pekerja merupakan medium yang terbaik yang boleh digunakan pekerja untuk memastikan rungutan dan tuntutan didengari oleh pihak majikan dan pihak kerajaan. Justeru itu, kesatuan sekerja harus melihat manfaat serta kepentingan tindakan kolektif sebagai langkah terbaik berbanding hanya menggunakan medium perbincangan semata-mata.