Pemetaan Jejak Warisan Untuk Tujuan Pelancongan Lestari Menggunakan Gis di Tambunan

Pelancongan luar bandar bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara, malah turut menyumbang kepada sumber pendapatan penduduk tempatan. Oleh itu, pelancongan luar bandar perlu diperbanyakkan lagi, terutamanya di negara sedang membangun seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, aktiviti pelancongan...

Disgrifiad llawn

Manylion Llyfryddiaeth
Prif Awduron: Kong, Teck Sieng, Oliver Valentine Eboy
Fformat: Erthygl
Iaith:English
English
Cyhoeddwyd: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2021
Pynciau:
Mynediad Ar-lein:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32670/1/Pemetaan%20Jejak%20Warisan%20Untuk%20Tujuan%20Pelancongan%20Lestari%20Menggunakan%20Gis%20di%20Tambunan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32670/2/Pemetaan%20Jejak%20Warisan%20Untuk%20Tujuan%20Pelancongan%20Lestari%20Menggunakan%20Gis%20di%20Tambunan1.pdf
Disgrifiad
Crynodeb:Pelancongan luar bandar bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara, malah turut menyumbang kepada sumber pendapatan penduduk tempatan. Oleh itu, pelancongan luar bandar perlu diperbanyakkan lagi, terutamanya di negara sedang membangun seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, aktiviti pelancongan sebaik-baiknya dijalankan secara lestari untuk mengurangkan kesannya kepada alam sekitar dan juga manusia. Salah satu pelancongan luar bandar yang popular pada masa kini ialah pelancongan berasaskan warisan khususnya jejak warisan batu megalitik. Pelancongan ini telah lama terkenal di luar negara. Oleh itu, pelancongan warisan ini berpotensi untuk menjadi daya tarikan kepada pelancong yang meminati warisan budaya. Kajian ini menghasilkan satu peta jejak warisan batu megalitik sebagai pelancongan lestari luar bandar di Tambunan, Sabah. Kajian ini menggunakan data kerja lapangan yang dijalankan di Tambunan. Peta jejak warisan dihasilkan dengan menggunakan kaedah analisis GIS iaitu analisis Kernel density, analisis penimbalan dan analisis kos laluan terendah (LCPA). Akhirnya, sebuah jejak warisan batu megalitik yang tidak terlalu jauh dan dekat untuk dilalui dihasilkan. Peta jejak warisan ini boleh menjadi panduan kepada pihak pengusaha pelancongan untuk mengembangkan pelancongan di Tambunan. Kajian ini menyumbang kepada pemeliharaan batu megalitik di Tambunan agar tidak pupus.