Hubungan Gaya Asuhan Ibu Bapa Dengan Kecerdasan Emosi Remaja Awal

Gaya asuhan yang diterima oleh anak-anak sewaktu mereka kecil akan memberi kesan kepada perlakuan dan gaya berfikir kanak-kanak terutamanya pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi remaja awal. Ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nazurah Mohd Fauzi, Norhamidah Jarimal @ Safri, Noorma Razali, Jusiah Idang, Wanda Kiyah George Albert, Patricia Joseph Kimong
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32753/1/Hubungan%20Gaya%20Asuhan%20Ibu%20Bapa%20Dengan%20Kecerdasan%20Emosi%20Remaja%20Awal.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32753/2/Hubungan%20Gaya%20Asuhan%20Ibu%20Bapa%20Dengan%20Kecerdasan%20Emosi%20Remaja%20Awal1.pdf
Description
Summary:Gaya asuhan yang diterima oleh anak-anak sewaktu mereka kecil akan memberi kesan kepada perlakuan dan gaya berfikir kanak-kanak terutamanya pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi remaja awal. Kajian yang dijalankan di sekitar Sabah ini melibatkan 108 orang remaja lelaki dan perempuan yang berumur di antara 12 hingga 15 tahun. Borang soal selidik telah digunakan untuk pengumpulan data. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A untuk memerihal ciri demografi responden yang dikaji; Bahagian B ialah Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya asuhan ibu bapa dan, Bahagian C ialah The Assessing Emotions Scale (AES) yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emos remaja. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis deskriptif dan ujian kolerasi sampel bebas menggunakan IBM SPSS versi 27. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan bagi ketiga-tiga jenis gaya asuhan ibu bapa iaitu autoritarian (r = .462), autoritatif (r = .456) dan permisif (r = .354) dengan kecerdasan emosi remaja awal.