Signifikasi hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar ke arah mencapai matlamat pembangunan mampan (SDGs)

Sustainable Development Goals (SDGs) atau Matlamat Pembangunan Mampan dilancarkan dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2015. Tujuannya adalah untuk mencapai pembangunan mampan bersifat holistik menjelang tahun 2030 ke arah kesejahteraan masyarakat global. Prinsip SDGs adalah ‘Leave No One Behind’...

Cur síos iomlán

Sonraí bibleagrafaíochta
Príomhchruthaitheoirí: Habibah @ Artini Ramlie, Saifulazry Mokhtar, Mohd. Sohaimi Esa, Jamsari Hashim
Formáid: Alt
Teanga:English
English
Foilsithe / Cruthaithe: 2022
Ábhair:
Rochtain ar líne:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32965/5/Signifikasi%20hubungan%20etnik%20rentas%20agama%20dan%20budaya%20dalam%20kalangan%20pelajar%20ke%20arah%20mencapai%20matlamat%20pembangunan%20mampan%20%28SDGs%29.abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32965/2/SIGNIFIKASI%20HUBUNGAN%20ETNIK%20RENTAS%20AGAMA%20DAN%20BUDAYA%20DALAM%20KALANGAN%20PELAJAR%20KE%20ARAH%20MENCAPAI%20MATLAMAT%20PEMBANGUNAN%20MAMPAN%20%28SDGs%29.pdf
Cur síos
Achoimre:Sustainable Development Goals (SDGs) atau Matlamat Pembangunan Mampan dilancarkan dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2015. Tujuannya adalah untuk mencapai pembangunan mampan bersifat holistik menjelang tahun 2030 ke arah kesejahteraan masyarakat global. Prinsip SDGs adalah ‘Leave No One Behind’ dengan 17 matlamat utama. SDGs penting untuk dilaksanakan kerana ia berpaksikan hak-hak asasi manusia yang menjurus kepada pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan kaitan secara umum di antara dua matlamat SDGs iaitu matlamat pendidikan (matlamat ke-4) dan matlamat keamanan (matlamat ke-16) dengan aspek hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar. Penelitian adalah secara kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan beberapa penulisan dan kajian berkaitan. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau pengalaman interaksi pelajar di sekolah dalam aspek hubungan etnik rentas agama dan budaya menggunakan kaedah kuantitatif. Data dianalisis dengan teknik SPSS terhadap soal selidik yang dijawab oleh 207 orang peserta kajian bagi membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam terhadap isu yang dikaji. Dengan adanya kajian ini, satu penelitian awal terhadap signifikasi hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar di sekolah dapat dihasilkan menerusi usaha mengetengahkan kepentingan kesepaduan antara aspek pendidikan dan keharmonian hubungan etnik rentas agama dan budaya pada peringkat persekolahan ke arah mencapai matlamat SDGs.