Fenomenologi institusi kekeluargaan dalam pentafsiran dan makna pengalaman hidup: Keupayaan adaptasi keluarga sebagai pihak signifikan penentu kejayaan tugasan ahli akademik ekspatriat di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia

Kursus teras universiti adalah kursus asas yang ditetapkan oleh universiti. Pelajar wajib mengambil dan wajib lulus kursus ini. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), salah satu kursus teras universiti adalah kursus Sejarah Pembentukan Bangsa Malaysia yang diwujudkan selari dengan penubuhan UMS pada ta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Kamal Mohd Shah, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Habibah @ Artini Ramlie
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32991/1/Fenomenologi%20institusi%20kekeluargaan%20dalam%20pentafsiran%20dan%20makna%20pengalaman%20hidup%2CABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32991/4/FENOMENOLOGI%20INSTITUSI%20KEKELUARGAAN%20DALAM%20PENTAFSIRAN%20DAN%20MAKNA%20PENGALAMAN%20HIDUP.pdf
Description
Summary:Kursus teras universiti adalah kursus asas yang ditetapkan oleh universiti. Pelajar wajib mengambil dan wajib lulus kursus ini. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), salah satu kursus teras universiti adalah kursus Sejarah Pembentukan Bangsa Malaysia yang diwujudkan selari dengan penubuhan UMS pada tahun 1994. Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) kepada pelajar-pelajar peringkat ijazah pertama di UMS. Pada tahun 2004, kursus ini diubah namanya menjadi kursus Sejarah Pembentukan Nasion Malaysia dan seterusnya digantikan dengan kursus baharu iaitu Hubungan Etnik pada tahun 2008. Seterusnya, kursus teras ini diubah lagi dengan nama baharu iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban pada tahun 2020. Kertas kerja ini membincangkan tentang evolusi kursus teras tersebut dengan menumpukan kepada aspek sinopsis, objektif dan kandungan ketiga-tiga kursus ini, serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah perbincangan pula dibuat secara deskriptif naratif dan deskriptif analitikal dengan menganalisis teks berasaskan sumber primer dan sekunder, serta bersandarkan pengalaman dan pemerhatian penulis dalam mengendalikan kursus teras tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa kursus teras universiti bersifat dinamik dan anjal, serta seiring dengan kehendak dan keperluan semasa sebagai usaha memenuhi komponen kenegaraan Malaysia.