Pengaplikasian nilai-nilai Islam dalam Program Latihan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Di Institusi Pendidikan Tinggi Islam Di Malaysia
Isu-isu jenayah kolar putih melibatkan pekerja-pekerja Muslim kini menjadi fenomena yang membimbangkan. Para pekerja Muslim seperti kehilangan prinsip nilai-nilai Islam yang sepatutnya menjadi pegangan utama dalam kehidupan termasuklah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dalam institusi. D...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32994/1/Pengaplikasian%20nilai-nilai%20Islam%20dalam%20Program%20Latihan%20Institut%20Latihan%20Islam%20Malaysia.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32994/2/Pengaplikasian%20Nilai-nilai%20Islam%20Dalam%20Program%20Latihan%20Institut%20Latihan%20Islam%20Malaysia.pdf |
Summary: | Isu-isu jenayah kolar putih melibatkan pekerja-pekerja Muslim kini menjadi fenomena yang membimbangkan. Para pekerja Muslim seperti kehilangan prinsip nilai-nilai Islam yang sepatutnya menjadi pegangan utama dalam kehidupan termasuklah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dalam institusi. Dalam mengatasi perkara ini, aspek penerapan dan pemahaman nilai-nilai Islam dalam kalangan pekerja Muslim khususnya di institusi pendidikan tinggi Islam khususnya di Malaysia seharusnya diambil berat. Antara medium yang boleh digunakan untuk melaksanakan perkara tersebut adalah dengan melaksanakan program latihan yang menekankan dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kalangan peserta. Sebagai sebuah institut latihan berteraskan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), seharusnya menekankan aspek nilai-nilai Islam dalam program latihan yang dilaksanakannya. Oleh yang demikian, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti penerapan nilai-nilai Islam dalam program latihan. Kedua, menganalisis penerapan nilai-nilai Islam dalam program latihan di ILIM dalam konteks institusi pendidikan tinggi Islam. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian dokumen dan menggunakan analisis kandungan kualitatif. Dapatan kertas kerja menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lima nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan dalam program latihan iaitu nilai ihsan, amanah, keadilan, kesederhanaan dan muhasabah diri. Selain itu, didapati juga bahawa ILIM turut menerapkan nilai-nilai tersebut dalam program latihannya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kesimpulannya, penerapan kesemua nilai-nilai Islam ini dalam program latihan terutamanya di ILIM adalah sangat penting untuk mengatasi isu-isu jenayah yang melibatkan pekerja-pekerja Muslim. |
---|