Rekayasa dakwah KBAT dalam kalangan mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah menerusi kursus penghayatan etika dan peradaban
Dakwah merupakan satu usaha dalam memperbaiki tingkahlaku dari suatu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Pelaksanaan dakwah tersebut perlu berteraskan kepada keadaan dan keselesaan golongan sasaran dakwah. Pendekatan dakwah adalah berbeza antara satu golongan dengan golongan yan...
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33004/2/Rekayasa%20dakwah%20KBAT%20dalam%20kalangan%20mahasiswa%20di%20Universiti%20Malaysia%20Sabah%20menerusi%20kursus%20penghayatan%20etika%20dan%20peradaban.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33004/1/REKAYASA%20DAKWAH%20KBAT%20DALAM%20KALANGAN%20MAHASISWA%20DI%20UNIVERSITI%20MALAYSIA%20SABAH%20MENERUSI%20KURSUS%20PENGHAYATAN%20ETIKA%20DAN%20PERADABAN.pdf |
Summary: | Dakwah merupakan satu usaha dalam memperbaiki tingkahlaku dari suatu keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Pelaksanaan dakwah tersebut perlu berteraskan kepada keadaan dan keselesaan golongan sasaran dakwah. Pendekatan dakwah adalah berbeza antara satu golongan dengan golongan yang lain, termasuklah golongan mahasiswa. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut dituntut bagi melaksanakan dakwah dalam kalangan mahasiswa kerana golongan ini mempunyai tahap berfikir yang tinggi. Kajian ini bertujuan untuk melihat rekayasa dakwah dalam kalangan mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah menerusi kursus umum universiti iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) dari sudut penerimaan dakwah dan keselesaan mereka dalam menerima teguran dan nasihat. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan menerusi google form terhadap mahasiswa yang telah megambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) pada semester lalu. Kajian mendapati majoriti mahasiswa sangat bersetuju dengan pendekatan dan rekayasa dakwah yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diselitkan dengan unsur-unsur dakwah membolehkan mahasiswa dapat menerima ilmu dengan mudah dan santai serta meninggalkan kesan positif dalam kehidupan mereka. Kajian ini diharapkan agar menjadi satu penanda aras dalam pelaksanaan dakwah pada era globalisasi kini khususnya dalam rekayasa dakwah terhadap golongan mahasiswa. |
---|