Aplikasi teknik Fuzzy Delphi terhadap keperluan aspek 'Riadhah Ruhiyyah' untuk profesionalisme perguruan Pendidikan Islam
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan konsensus pakar tentang keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' atau 'latihan rohani' untuk Profesionalisme Perguruan Pendidikan Islam. Keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' terhadap profesionalisme guru yang dibincangkan melibatkan perkara...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
The Online Journal of Islamic Education
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33020/3/Aplikasi%20teknik%20fuzzy%20delphi%20terhadap%20keperluan%20aspek%20%27riadhah%20ruhiyyah%27%20untuk%20profesionalisme%20perguruan%20Pendidikan%20Islam.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33020/6/APLIKASI%20TEKNIK%20FUZZY%20DELPHI%20TERHADAP%20KEPERLUAN%20ASPEK%20%27RIADHAH%20RUHIYYAH%27%20UNTUK%20PROFESIONALISME%20PERGURUAN%20PENDIDIKAN%20ISLAM.pdf |
Summary: | Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan konsensus pakar tentang keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' atau 'latihan rohani' untuk Profesionalisme Perguruan Pendidikan Islam. Keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' terhadap profesionalisme guru yang dibincangkan melibatkan perkara yang berkaitan dengan hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan rakan sejawat dan hubungan dengan pelajar. Pengesahan dilakukan oleh 15 orang pakar dalam bidang pendidikan, pengajian Islam, kerohanian, bahasa Arab, pembangunan insan dan bidang analisis statistik teknik Fuzzy Delphi. Soal selidik yang mengandungi 34 item telah diberikan kepada pakar. Konsensus daripada para pakar dianalisis dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Kajian mendapati konsensus pakar tentang keperluan 'Riadhah Ruhiyyah' Profesionalisme Perguruan Pendidikan Islam dari segi hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan rakan sejawat dan hubungan dengan pelajar adalah melebihi 75% dengan jumlah 15 item mempunyai nilai ambang (d) ≤ 0.2. Item seterusnya diisih mengikut keutamaan dan diperhalusi dengan menambah dan menggugurkan item seperti yang disyorkan oleh pakar. |
---|