Migrasi pendakwah Jawa dan impaknya terhadap penerimaan Islam oleh masyarakat pedalaman Sabah
Kedatangan Islam ke Sabah adalah menerusi migrasi golongan pendakwah. Sejak abad ke-15, terdapat ramai migran pendakwah telah bermigrasi dan menyampaikan dakwah Islam di Sabah. Masyarakat Sabah yang asalnya tidak beragama mulai menerima pengaruh agama melalui migrasi golongan tersebut. Pada awal per...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Global Academic Excellence
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33252/1/Migrasi%20pendakwah%20Jawa%20dan%20impaknya%20terhadap%20penerimaan%20Islam%20oleh%20masyarakat%20pedalaman%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33252/2/Migrasi%20pendakwah%20Jawa%20dan%20impaknya%20terhadap%20penerimaan%20Islam%20oleh%20masyarakat%20pedalaman%20Sabah%20_ABSTRACT.pdf |
Summary: | Kedatangan Islam ke Sabah adalah menerusi migrasi golongan pendakwah. Sejak abad ke-15, terdapat ramai migran pendakwah telah bermigrasi dan menyampaikan dakwah Islam di Sabah. Masyarakat Sabah yang asalnya tidak beragama mulai menerima pengaruh agama melalui migrasi golongan tersebut. Pada awal perkembangan Islam, pengaruh Islam hanya sampai kepada masyarakat pesisiran pantai sahaja. Islam mulai sampai ke kawasan pedalaman pada abad ke-20. Sejarah mencatatkan seorang pendakwah Jawa daripada Indonesia bernama Mandur Sharif merupakan tokoh penting yang telah membawa masuk Islam ke kawasan pedalaman Sabah. Kajian ini akan membahaskan migrasi Mandur Sharif ke Sabah dan impaknya terhadap penyebaran Islam di pedalaman Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual. Data-data dianalisis secara deskriptif dan dicerakinkan secara tematik. Kajian mendapati migrasi Mandur Sharif ke Sabah telah memberikan impak yang besar terhadap penerimaan Islam dalam kalangan penduduk pedalaman Sabah terutamanya etnik Kadazandusun. Ilmu perubatan dan kebatinan serta peribadi yang baik merupakan aset beliau yang telah menarik penduduk pedalaman untuk menerima Islam. Secara tidak langsung, Islam diterima dan berkembang di kawasan-kawasan pedalaman di Sabah. Ini merupakan sumbangan pendakwah migran apabila pada ketika itu Sabah kekurangan pendakwah tempatan. Kajian ini diharapkan menjadi titik tolak kepada kajian-kajian migrasi pendakwah terhadap perkembangan Islam di Sabah. |
---|