Parameter (Dawabit) dalam ucapan doa terhadap non-Muslim

Kepelbagaian rakyat Malaysia mewujudkan hubungan silang budaya dan agama. Interaksi yang berlaku dalam kehidupan seharian mendedahkan masyarakat Islam dengan pelbagai isu yang memerlukan bimbingan dan penilaian khusus berdasarkan perspektif syariat Islam. Antara polemik yang sering menimbulkan kekel...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khairul Azhar Meerangani, Rushdi Ramli, Syamsul Azizul Marinsah, Muhammad Ikhlas Rosele
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UM 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33383/1/Parameter%20%28Dawabit%29%20dalam%20ucapan%20doa%20terhadap%20non-Muslim.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33383/3/Parameter%20%28Dawabit%29%20dalam%20ucapan%20doa%20terhadap%20non-Muslim%20_ABSTRACT.pdf
Description
Summary:Kepelbagaian rakyat Malaysia mewujudkan hubungan silang budaya dan agama. Interaksi yang berlaku dalam kehidupan seharian mendedahkan masyarakat Islam dengan pelbagai isu yang memerlukan bimbingan dan penilaian khusus berdasarkan perspektif syariat Islam. Antara polemik yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam ialah isu hukum mendoakan orang bukan Islam. Isu ini selalunya akan menimbulkan kegusaran terutamanya kepada orang Islam yang mempunyai hubungan intim dengan orang bukan Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis hukum (ḥukm) berdoa untuk orang bukan Islam dalam konteks semasa di Malaysia mengikut perspektif Islam. Pandangan ulama Islam terhadap isu ini dianalisis secara deskriptif dalam menghasilkan parameter (ḍawābiṭ) untuk membimbing hubungan Islam dan bukan Islam. Secara ringkasnya, terdapat perbezaan hukum dalam isu mendoakan orang bukan Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Perbezaan ini perlu diberi perhatian oleh setiap umat Islam bagi memastikan setiap kalimah doa yang keluar masih dalam batasan syarak.