Pembinaan dan pengesahan soal selidik proses pelaksanaan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran guru

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Soal Selidik Proses Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru, bagi menilai proses pelaksanaan STEM dari perspektif guru sebagai pelaksana di Sekolah Menengah. Berdasarkan penerokaan literatur, konstruk dan item yang dikenal p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Azri Amatan, Crispina Gregory K Han, Vincent Pang
Format: Article
Language:English
English
Published: MJSSH 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33639/1/Pembinaan%20dan%20pengesahan%20soal%20selidik%20proses%20pelaksanaan%20STEM%20dalam%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20guru.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33639/2/Pembinaan%20dan%20pengesahan%20soal%20selidik%20proses%20pelaksanaan%20STEM%20dalam%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20guru1.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan dan mengesahkan Soal Selidik Proses Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru, bagi menilai proses pelaksanaan STEM dari perspektif guru sebagai pelaksana di Sekolah Menengah. Berdasarkan penerokaan literatur, konstruk dan item yang dikenal pasti menyumbang kepada proses pelaksanaan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran guru berjaya dibangunkan. Soal Selidik Proses Pelaksanaan STEM telah melalui kesahan muka dan kesahan kandungan instrumen melibatkan 13 orang pakar. Manakala, kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen telah disemak menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 25.0. Seramai 825 orang guru sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Muatan faktor bagi setiap item berada pada julat 0.522 hingga 0.888, manakala keputusan analisis kebolehpercayaan adalah a=0.957. Keputusan kesahan dan kebolehpercayaan yang dijalankan mengesahkan soal selidik ini sesuai digunakan dalam kajian sebenar.