Bukan Mangsa Peperangan Tetapi Mangsa Budaya-satu Kajian Terhadap Sandakan Brothel No.8
Kertas ini melihat bagaimana budaya tradisi serta konsep konservasi yang diamalkan oleh masyarakat Jepun telah menolak kehadiran Karayuki-san yang berada di negara-negara Asia terutamanya Asia-tenggara.Golongan wanita ini merupakan golongan yang berada dalam lapisan masyarakat yang paling bawah di d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Science Direct
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33640/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33640/2/FULL%20TEXT.pdf |
Summary: | Kertas ini melihat bagaimana budaya tradisi serta konsep konservasi yang diamalkan oleh masyarakat Jepun telah menolak kehadiran Karayuki-san yang berada di negara-negara Asia terutamanya Asia-tenggara.Golongan wanita ini merupakan golongan yang berada dalam lapisan masyarakat yang paling bawah di dalam struktur masyarakat Jepun.Mereka merupakan “produk” unik yang khas diwujudkan pada tempoh zaman pemerintahan Meiji (1868-1912) hingga zaman pemerintahan pertengahan Taishō (1912-1926).Sandakan Brothel No.8 (SBN8) merupakan satu hasil kajian seorang penyelidik feminism Jepun yang bernama Yamazaki Tomoko di mana beliau mencatatkan sejarah dan latarbelakang sekumpulan Nanyang Jie yang disampaikan secara lisan.Karya ini menceritakan pengalaman yang dilalui dan falsafah kehidupan yang diamalkan serta pedomen yang dipegang olehgolongan wanita Jepun yang digelarkan sebagai Nanyang Jie yang bermaksud Kak Nanyang, di mana membawa makna konotasi “pelacur di Nanyang”.Responden utama yang bernama Osaki bagi Sandakan Brothel No.8 ialah seorang bekas Nanyang Jie yang telah tua semasa menerima temubual menreflekkan kehidupan mereka yang menyedihkan pada zaman peperangan itu, tetapi yang paling menyakitkan mereka bukan keadaan semasa yang tidak tenteram malahan sikap orang sekampung dan sebangsa yang pandang serong terhadap mereka. Layanan penuh dengan prejudis diterima oleh mereka sama ada daripada ahli keluarga, kawan-kawan dan juga orang sama bangsa. Kertas ini tidak membincangkan hak asasi dalam konteks pelacuran secara haram dari segi menggunakan tipu helah memaksa gadis melacur, dan tidak mengfokus kepada tindakan yang diambil oleh Negara Jepun untuk membanteraskan masalah ini. Kertas ini hanya menitikberatkan budaya dan konsep masyarakat Jepun yang menolak golongan Nanyang Jie ini pergi ke arah yang lebih susah di mana mereka tidak diambil tahu dan tidak dicatatkan dalam rekod sejarah mahupun kehadiran mereka diabaikan dengan sepenuhnya. Pertolongan dari pihak kerajaan tidak pernah dihulurkan kepada mereka malahan penindasan pula dilakukan kepada mereka. |
---|