Mikorot dalam konteks kebudayaan etnik dusun di Sabah: Analisis dari perspektif hubungan etnik
Kebanyakan negara di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang pelbagai sering kali berhadapan dengan situasi ketegangan etnik, isu kuasa politik etnik, persaingan etnik, malah ada yang memuncak dengan konflik fizikal yang lebih radikal sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu etni...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33712/1/Mikorot%20dalam%20konteks%20kebudayaan%20etnik%20dusun%20di%20Sabah%2C%20Analisis%20dari%20perspektif%20hubungan%20etnik%20.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33712/2/Mikorot%20dalam%20konteks%20kebudayaan%20etnik%20dusun%20di%20Sabah%2C%20analisis%20dari%20perspektif%20hubungan%20etnik.pdf |
Summary: | Kebanyakan negara di dunia yang mempunyai komposisi etnik yang pelbagai sering kali berhadapan dengan situasi ketegangan etnik, isu kuasa politik etnik, persaingan etnik, malah ada yang memuncak dengan konflik fizikal yang lebih radikal sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu etnik sentiasa mewarnai hubungan antara masyarakat dan keadaan ini juga berlaku di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hubungan antara etnik di Malaysia akan terus kekal harmoni sehingga kini. Usaha tersebut dilaksanakan melalui pelbagai program dan turut diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Menariknya, usaha kerajaan dalam memastikan hubungan etnik sentiasa harmoni bukanlah perkara yang baharu dan menghairankan dalam masyarakat Dusun di Sabah. Amalan cara hidup dan sikap toleransi yang tinggi dalam komuniti ini sudah berakar umbi sejak sekian lama. Salah satu amalan yang menunjukkan sikap keterbukaan mereka yang tinggi terhadap perbezaan etnik dan agama ialah amalan mikorot. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan makna dan konsep mikorot dalam budaya masyarakat Dusun, menjelaskan ritual pelaksanaan mikorot dan yang terakhir mengetahui implikasi mikorot dan cabarannya dalam masyarakat. Hasil kajian yang diperoleh melalui kaedah kualitatif menggunakan temu bual mendapati mikorot adalah satu upacara yang dilaksanakan oleh etnik Dusun di Sabah sebagai cara untuk mengesahkan nilai kekeluargaan mereka terhadap individu yang bukan ahli keluarga mereka tanpa melibatkan perkahwinan atau hubungan biologi. Selain itu, amalan mikorot ini juga berjaya memupuk hubungan yang harmoni antara etnik Dusun dengan etnik Dusun yang lain dan antara etnik Dusun dengan masyarakat lain di negeri Sabah. |
---|