Asal usul, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak etnik Tombonuo
Tarian Sumanggak moden telah diolah oleh Suana Kabora berdasarkan pergerakan ritual muinsamung dan monginsamung etnik Tombonuo di daerah Pitas, Sabah pada tahun 1983. Fokus kajian ini tertumpu kepada aspek perubahan, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak moden. Bagi mengumpul data kajia...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33717/1/Asal%20usul%2C%20pengolahan%20dan%20simbol%20ragam%20gerak%20tarian%20sumanggak%20etnik%20Tombonuo.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33717/2/ASAL%20USUL%2C%20PENGOLAHAN%20DAN%20SIMBOL%20RAGAM%20GERAK%20TARIAN%20SUMANGGAK%20ETNIK%20TOMBONUO.pdf |
Summary: | Tarian Sumanggak moden telah diolah oleh Suana Kabora berdasarkan pergerakan ritual muinsamung dan monginsamung etnik Tombonuo di daerah Pitas, Sabah pada tahun 1983. Fokus kajian ini tertumpu kepada aspek perubahan, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak moden. Bagi mengumpul data kajian, tiga siri kerja lapangan dijalankan di empat buah kampung di daerah Pitas. Kaedah temu bual, pemerhatian, rakaman video dan pengambilan gambar telah digunakan dalam kajian lapangan. Analisis secara interpretasi mendapati asal usul nama tarian Sumanggak diperoleh daripada perbuatan membuka gadur (bekas yang diperbuat daripada tembaga), yang dikenali sebagai adat Sumanggak. Persembahan tarian Sumanggak didapati mengalami perubahan dari zaman mengayau sehinggalah zaman kini. Tarian ini berasal daripada upacara muinsamung, yang dikendalikan semasa rombongan mengayau dalam perjalanan kembali ke kampung. Pada zaman pentadbiran British (akhir kurun ke-19), konsep persembahan tarian Sumanggak berubah kerana upacara muinsamung telah ditukar kepada upacara monginsamung. Oleh itu, aspek-aspek persembahan tarian Sumanggak seperti ragam gerak, kostum, alat muzik, dan prop mengalami perubahan dari segi fungsi dan pengolahan. Setiap ragam gerak didapati mempunyai simbol yang berkait rapat dengan ritual tradisional etnik Tombonuo. |
---|