Hegemoni Barisan Nasional (BN) di Parlimen Silam: Analisis ke atas keputusan PRU-11 hingga PRU-14

Hegemoni BN di Silam termasuk Sabah bermula apabila UMNO berjaya melebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1994. Klimaks kepada hegemoni ini ialah apabila Sabah menerima jolokan simpanan tetap kerana kemampuannya menyelamatkan BN daripada rebah angkara tsunami politik yang dikesan bermula pada 2004. N...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nordin Sakke, Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Fadilah Sarbi, Adi Jafar
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33723/1/Hegemoni%20Barisan%20Nasional%20%28BN%29%20di%20Parlimen%20Silam%2C%20Analisis%20ke%20atas%20keputusan%20PRU-11%20hingga%20PRU-14.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33723/2/HEGEMONI%20BARISAN%20NASIONAL%20%28BN%29%20DI%20PARLIMEN%20SILAM%2C%20ANALISIS%20KE%20ATAS%20KEPUTUSAN%20PRU-11%20HINGGA%20PRU-14.pdf
Description
Summary:Hegemoni BN di Silam termasuk Sabah bermula apabila UMNO berjaya melebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1994. Klimaks kepada hegemoni ini ialah apabila Sabah menerima jolokan simpanan tetap kerana kemampuannya menyelamatkan BN daripada rebah angkara tsunami politik yang dikesan bermula pada 2004. Namun, isu-isu berkaitan peningkatan kos sara hidup, kadar pengangguran dalam kalangan anak muda, masalah kleptokrasi dalam kalangan ahli politik dan ledakan media sosial telah merubah landskap politik luar jangka menyebabkan hegemoni BN tersungkur pada PRU-14. Oleh itu, makalah ini melihat kejayaan BN mengekalkan hegemoni di Parlimen Silam dan bagaimana hegemoni ini berjaya ditamatkan oleh parti non-BN, terutamanya Warisan. Untuk merungkaikan masalah ini, keputusan pilihan raya bermula daripada PRU-11 dan siaran-siaran akhbar dianalisis. Di samping itu, kajilidikan lapangan dilakukan bagi mengesah dan mengukuhkan dapatan. Hasil analisis menunjukkan bahawa faktor pengekalan hegemoni BN sebelum PRU-14 banyak dipengaruhi oleh faktor nasional dan kekuatan jentera BN yang kukuh di samping ejen-ejen kerajaan berjaya digunakan untuk memberi gambaran yang baik terhadap BN. Namun, PRU-14 BN dikuburkan di P.188 Silam termasuk ketiga-tiga DUN di dalamnya iaitu N.49 Tungku, N.50 Lahad Datu dan N.51 Kunak. Puncanya ialah isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan berjaya dipersepsi secara buruk oleh kebanyakan media sosial yang dilihat anti-BN menyebabkan berlakunya perubahan sikap rakyat terutamanya pengundi muda di saluran 3, 4 dan 5.