Hubungan intergenerasi: Kesan sokongan emosi dan sosial anak dewasa dalam penjagaan warga tua
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan psikologi dan sosial ke atas hubungan intergenerasi dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pengaruh sokongan emosi dan sosial ke atas hubungan inter...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33752/1/Hubungan%20intergenerasi%2C%20Kesan%20sokongan%20emosi%20dan%20sosial%20anak%20dewasa%20dalam%20penjagaan%20warga%20tua.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33752/2/Hubungan%20intergenerasi%2C%20Kesan%20sokongan%20emosi%20dan%20sosial%20anak%20dewasa%20dalam%20penjagaan%20warga%20tua.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan psikologi dan sosial ke atas hubungan intergenerasi dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Objektif kajian adalah untuk mengkaji pengaruh sokongan emosi dan sosial ke atas hubungan intergenerasi antara penjaga dengan golongan tua. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Terdapat 200 soal selidik yang boleh digunakan daripada 250 responden yang terdiri daripada orang dewasa muda yang memainkan peranan sebagai penjaga orang tua. Tiga set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent-Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) bagi mengukur hubungan intergenerasi dan soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng dan Minoguchi (1989) bagi mengukur sokongan psikologi, manakala Social Support Questionnaire (SSQ) oleh Sarason, Levine dan Basham (1983) bagi mengukur sokongan sosial telah dijalankan ke atas responden dalam kalangan anak dewasa di Sabah. Analisis perisian smartPLS 2.0, iaitu analisis Partial Least Square Structural Equation Modeling (PLS-SEM) digunakan untuk menguji pengaruh antara pemboleh ubah. Dapatan ini menunjukkan kedua-dua bentuk sokongan, iaitu psikologi dan sosial memberi sumbangan dalam mempengaruhi hubungan intergenerasi. Selain itu, dapatan kajian turut melaporkan penjaga yang tinggal di luar bandar mempunyai hubungan intergenerasi yang lebih baik berbanding dengan yang tinggal di kawasan bandar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul atau polisi bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua pada masa hadapan yang perlu dilaksanakan secara holistik dan bersepadu berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN). |
---|