Peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah

Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih kurang 41 kumpulan etnik dan subkumpulan etnik yang dikelaskan sebagai bumiputera dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sharifah Darmia Sharif Adam
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33841/3/Peranan%20perkahwinan%20campur%20dalam%20memupuk%20hubungan%20etnik%20yang%20harmoni%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33841/2/Peranan%20perkahwinan%20campur%20dalam%20memupuk%20hubungan%20etnik%20yang%20harmoni%20di%20Sabah%20_ABSTRACT.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan perkahwinan campur dalam memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih kurang 41 kumpulan etnik dan subkumpulan etnik yang dikelaskan sebagai bumiputera dan bukan bumiputera. Etnik di Sabah menggunakan hampir 50 bahasa dan menuturkannya dalam 80 dialek masingmasing. Selain itu, masyarakat pelbagai etnik di Sabah juga mempunyai agama dan amalan adat tradisi yang berbeza menjadikannya sebuah negeri yang unik. Keunikan masyakat di Sabah turut dapat dilihat melalui perkahwinan campur yang telah menjadi lambang keharmonian jalinan hubungan antara etnik di negeri tersebut. Perkahwinan campur biasanya berlaku antara kumpulan etnik bumiputera atau antara kumpulan etnik bumiputera dengan etnik lain. Oleh itu, perbincangan dalam kertas kerja ini difokuskan terhadap sejauhmanakah peranan perkahwinan campur dapat memupuk hubungan etnik yang harmoni di Sabah. Kajian kertas kerja ini dibuat menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap usaha mewujudkan hubungan antara etnik yang harmoni di Sabah.