Kecerdasan emosi (EI) dan perbezaan gender dalam pekerjaan

Faktor Kecerdasan Emosi (EI) sering dikaitkan dengan gender di tempat kerja. Stereotaip yang sering dikaitkan dengan perempuan adalah kemampuan menguruskan emosi yang lebih baik daripada lelaki. Kajian lepas menunjukkan terdapat banyak penemuan berbeza yang menunjukkan sememangnya gender adalah berb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noorajamsha Nasrin, Azizan H Morshidi
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33847/1/Kecerdasan%20emosi%20%28EI%29%20dan%20perbezaan%20gender%20dalam%20pekerjaan.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33847/2/Kecerdasan%20emosi%20%28ei%29%20dan%20perbezaan%20gender%20dalam%20pekerjaan.pdf
Description
Summary:Faktor Kecerdasan Emosi (EI) sering dikaitkan dengan gender di tempat kerja. Stereotaip yang sering dikaitkan dengan perempuan adalah kemampuan menguruskan emosi yang lebih baik daripada lelaki. Kajian lepas menunjukkan terdapat banyak penemuan berbeza yang menunjukkan sememangnya gender adalah berbeza secara signifikan dalam EI. Maka, kajian yang dijalankan telah mengenal pasti jika terdapat perbezaan yang signifikan dan pengaruh EI dalam kalangan gender. Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan dengan memilih organisasi bertaraf Multimedia Super Corridor (MSC). Sampel kajian terdiri daripada kakitangan awam di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan Model Kecerdasan Emosi Goleman (2001) sebagai asas untuk memahami EI. Dapatan kajian yang diperoleh dijelaskan secara deskriptif dan dihuraikan secara induktif bagi mengukuhkan kefahaman berkenaan kajian.