Ulasan buku: Social roots of the Malay left oleh Rustam A. Sani. Petaling Jaya: The Strategic Information & Research Development

Penulis buku ini iaitu Rustam A. Sani, membincangkan tentang kumpulan dan pergerakan politik Melayu berhaluan kiri (Malay Left) berasaskan semangat nasionalisme yang muncul di Tanah Melayu seawal tahun 1930-an. Pergerakan politik Melayu berhaluan kiri yang dijadikan fokus oleh Rustam A. Sani ialah K...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Asmady Idris
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33901/1/Ulasan%20buku%2C%20Social%20roots%20of%20the%20Malay%20left%2CABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33901/2/Ulasan%20buku%2C%20Social%20roots%20of%20the%20Malay%20left.pdf
Description
Summary:Penulis buku ini iaitu Rustam A. Sani, membincangkan tentang kumpulan dan pergerakan politik Melayu berhaluan kiri (Malay Left) berasaskan semangat nasionalisme yang muncul di Tanah Melayu seawal tahun 1930-an. Pergerakan politik Melayu berhaluan kiri yang dijadikan fokus oleh Rustam A. Sani ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dianggarkan muncul pada tahun 1938. Secara keseluruhannya, hampir semua pengkaji perkembangan politik Tanah Melayu bersetuju bahawa punca utama kemunculan gerakan politik berasaskan semangat nasionalisme adalah disebabkan oleh dasar pentadbiran British yang gagal meningkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu dan kebanjiran imigran Cina dan India yang dibawa masuk oleh British sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang getah. Kemasukan kaum imigran telah mengubah pola demografi penduduk Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an apabila etnik Cina dan India hampir mengatasi jumlah majoriti etnik Melayu. Keadaan ini sedikit sebanyak berpotensi menjejaskan kepentingan orang Melayu sebagai penduduk peribumi.