Campuran kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah
Penyelidik terdahulu telah menunjukkan bahawa ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk masalah kesihatan mental yang mungkin disebabkan oleh cabaran besar dalam membesarkan kanak-kanak kurang upaya. Cabaran ini ditambah lagi dengan kesukaran hidup di kawasan...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Persatuan Psikologi Malaysia
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33960/1/Campuran%20kebimbangan%20dan%20kemurungan%20dalam%20kalangan%20ibu%20bapa%20kanak-kanak%20kurang%20upaya%20fizikal%20di%20luar%20bandar%20Sabah.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33960/2/Campuran%20kebimbangan%20dan%20kemurungan%20dalam%20kalangan%20ibu%20bapa%20kanak-kanak%20kurang%20upaya%20fizikal%20di%20luar%20bandar%20Sabah.pdf |
Summary: | Penyelidik terdahulu telah menunjukkan bahawa ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk masalah kesihatan mental yang mungkin disebabkan oleh cabaran besar dalam membesarkan kanak-kanak kurang upaya. Cabaran ini ditambah lagi dengan kesukaran hidup di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada ibu bapa kanak-kanak kurang upaya fizikal mengalami Mixed Anxiety and Depress-sion (MAD) dan membina pemahaman mendalam tentang "mengapa" ibu bapa mengalami MAD. Bahan untuk kajian kes ini diperoleh menggunakan skala tekanan psikologi Kessler (K-10) dan temu bual mendalam. Enam ibu bapa yang mempunyai MAD telah ditemu bual. Analisis kandungan induktif dengan bantuan program komputer ATLAS.ti 7 telah menghasilkan enam simptom MAD dalam kalangan ibu bapa (gangguan tidur, mudah marah, cemas, mudah menangis, menjangkakan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku, putus asa tentang masa depan) dan lima sumber MAD (kekurangan sokongan, masalah penerimaan, kekurangan maklumat dan pengalaman, faktor luar bandar, masalah kesihatan kanak-kanak). Dapat disimpulkan, dapatan ini berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak kurang upaya fizikal di luar bandar Sabah. |
---|