Komunikasi bukan lisan: Analisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat melayu Selangor

Manusia berkomunikasi bagi menyampaikan pesan sesama mereka. Komunikasi lisan dan bukan lisan bermatlamat menyampaikan pesan namun dalam konteks yang berbeza. Penggunaan pulut semangat yang merupakan elemen makanan dalam adat perkahwinan secara spesifiknya dalam tingkat adat persandingan masyarakat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norhuda Salleh, Kim Keum Hyun
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33969/4/Komunikasi%20bukan%20lisan%2C%20Analisis%20makna%20pulut%20semangat%20dalam%20adat%20perkahwinan%20masyarakat%20melayu%20Selangor.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33969/1/Komunikasi%20bukan%20lisan%2C%20Analisis%20makna%20pulut%20semangat%20dalam%20adat%20perkahwinan%20masyarakat%20melayu%20Selangor.pdf
Description
Summary:Manusia berkomunikasi bagi menyampaikan pesan sesama mereka. Komunikasi lisan dan bukan lisan bermatlamat menyampaikan pesan namun dalam konteks yang berbeza. Penggunaan pulut semangat yang merupakan elemen makanan dalam adat perkahwinan secara spesifiknya dalam tingkat adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan Selangor mempunyai makna kepada pelaku dan juga masyarakat pengamalnya. Pulut Semangat disediakan semasa adat persandingan bukan tujuan hidangan tetapi mengiringi keberadaan bunga telur dipelaminan. Pulut semangat berwarna kuning dan penyediaannya adalah sama seperti pulut kuning. Perbezaannya ialah pulut kuning dihidangkan dalam suatu majlis atau adat tertentu seperti adat menyambut kelahiran. Pulut kuning jika dihidangkan dalam adat persandingan dan dijadikan sebagai salah satu juadah, dinamakan pulut kuning. Cara dan masa sajian pulut kuning membawa makna yang berbeza. Sehubungan itu kajian ini menganalisis makna pulut semangat dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu dari sudut komunikasi bukan lisan. Pendekatan etnografi digunakan bagi mengumpul data kualitatif. Informan yang terlibat dalam pengumpulan data ialah tukang masak dan juga pengamal adat di kawasan kajian. Hasil analisis data kualitatif melalui temu bual mendalam dan pemerhatian turut serta menjelaskan makna pulut semangat dilihat secara menyeluruh daripada awal penyediaan sehingga ia diletakkan sebagai salah satu artifak dalam adat persandingan. Pemaknaan dari sudut komunikasi bukan lisan memberikan makna pulut semangat dari sudut cara penyediaan, sifat, bentuk dan warna. Makna yang diberikan oleh masyarakat Melayu terhadap pulut semangat dalam adat bersanding ialah kekuatan, kebesaran, keharmonian dan kekayaan.